Ucapan Buatmu Sang Guru!

ehh dah hari guru dah..ehem ehem..selamat hari guru semua.Sengih


"Semasa tadika,dari diri ini yang hinggusan,diajar erti mengenal apa itu epal,ape itu buku,ape itu abc dan ape itu cinta!ehh nie dah over.sorrryyy..ehem ehemm"

"Semasa diri ini dibangku sekolah,diri ini mula merasa riang,zaman persekolah rendah merupakan zaman syorga.Ya syorga dunia dimana tiada limit untuk bermain,rehat pon bermain,selepas habis tamat persekolah pon main dimana,malah didalam kelas pon main pemadan lawan kumpul siapa lagi banyak.Masih ingathkah kita?menggamit memori bukan.Siap kapur dibalingnya oleh cikgu kerna bermain ataupon berbuat bising dikelas.Tidakkah anda juga begitu?saya bukan begitu kerna saya budak baik dan pendiam!ok ni bajet sangat nie.kbai..."

"Semasa dizaman menengah kita sudah mula berjinak jinak dengan jawatan.Jawatan pengawas,jawatan PRS(baca:Pemusnah rakan sebaya)wahhahaha..dan banyak lagi jawatan lain.Dan dizaman ini jugaklah kita belajar erti chenta chenton bak kata orang chenta monyet sampai panjat pokok laa..ehh!zaman ini cukup tragedis kerna dizaman ini personaliti kita dibentuk,menjadi pembuli atau dibuli.Ya zaman raksasa ultraman la katakan.Zaman kebajetan bagi semua bukan?jangan cakap bukan kerna saya jugak melalui zaman ini.

Zaman ini jugalah kita belajar segala galanya.Erti bersahabat,makan maggi dalam baldi bagi yang duduk asrama,zaman ponteng kelas kerna diri ini sudah pandai mengalahkan cikgu lagi tuh.Zaman inilah yang sering menjadi ingatan dalam bagi setiap insan diluar sana kerana zaman yang mengajar ape itu hidup tanpa bantuan keluarga(padahal tiap tiap minggu balik homesick:hahaha.)"

"zaman universiti atau zaman kolej pulak adalah zaman kita mencari siapa kawan siapa lawan.Kawan yang sanggup mendengar kisah perit pedih tentang kisah perchentaan kita yang kononnya hingga ke pelamin gituh,padahal chenta pon sebab jeles tengok orang lain berchenta,tidakkah begitu?

gulp.

zaman inilah yang mengajar kita melihat erti dunia sebenar.Bagaimana manusia itu hidup tanpa sebarang panduan oleh ibu bapa.Kita sudah dianggap besar dan mampu untuk membuat keputusan baik ataupon tidak.Betulkah kita begitu?tepuk dahi sikit!hehe.Disinilah zaman ibu bapa sudah terasa tanggungjawabnya sudah hampir ke ujungnya.Disini jugak zaman bukan bermain pemadam lagi akan tetapi zaman keluar malam balik pagi subuh dan terus subuh di surau universiti bukan?wahhhh bagusnya!!nah saya bagi cokelat sebab subuh di surau.Eh."

Tapi....tapi...tapi.....
semua zaman itu tidak akan berjaya tanpa bantuan seorang cikgu ataupon ramai la.

Seorang cikgu yang bersusah payah kayuh basikal sejauh 30KM hanya semata mata ingin mencurahkan ilmunya kepada anak murid kechentaan hatinya.Masihkah anda ingat?

Seorang cikgu yang tidak tidur malam dek memikirkan stratefi untuk membuat anda berjaya setelah sepuluh kali diugut oleh ayah dan ibu anda.Eh.Masihkah anda ingat ataupon tidak tahu?tersipu sipu.

Seorang cikgu terpaksa menggadaikan masa rehatnya kerana ingin menyiapkan pemeriksaan terhadap paper peperiksaan anda walaupon sudah tahu semuanya adalah pangkah.Ehehe.Masihkah anda ingat?

Seorang cikgu yang terpaksa berhempas pulas mengerah segala tenaga yang ada dan berpanas telinga dek mendengar leteran pengetua kerana keputusan sekolah yang amat memberansangkan sangat sehingga terpaksa dibuat meeting(baca:perjumpaan)setiap minggu demi meningkatkan mutu keunggulan anda semua.Masihkah anda ingat?

Seorang cikgu yang sanggup mengejar anda ketika anda hendak panjat pagar untuk outing tanpa kebenaran dek niat hanya untuk bersenam tanpa disangka.erk?Masihkah anda ingat?

Seorang cikgu yang sanggup membakar dirinya (cikgu=lilin) dek kerana terlalu sayangkan anda sehingga diri anda sudah dianggap anak tirinya.ok ini betul!haha.Masihkah anda ingat?

Seorang cikgu yang mana dirinya turun petang membuat kelas tambahan untuk anda tanpa bayaran kerana dirasakan ada adalah harapan bangsa,negara malah bakal menggantikan Pak jib dan Kak Mah.Masihkah anda tidak mengerti?puitis benor ayat nie.hehe.Masihkah anda peduli?


Jadi disini,saya sebagai Encik Levis ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru guruku yang bertauliah mahupon yang tidak bertauliah kerana telah mengajar diri ini mengenal abc,mengenal arus kehidupan,mengenal ape itu chenta.Eh.

Wahh chenta lagi,dah kemaruk chenta ke hape nie Encik Levis oiiii!!
tersipu sipu malu.

tetapi sebelum saya mengundur diri,izinkan saya.....


izinkan saya....


izinkan saya....




izinkan saya membuka tirai entry saya kali ini kerana semua itu adalah selingan ataupon iklan.
wahahaha..
jangan marah yer..


ehem ehem..
betulkan microfon.(ada pulak mic)?
betulkan kerusi.
kruk kruk.
bunyi leher 

Baiklah semperna hari guru ini saya ingin mendefinasikan ape itu cikgu kerna rata rata anda masih tidak faham faham lagi dek sejuta kali dibisikkan ditelinga anda.Wahai.

Cikgu adalah seorang tenaga pengajar yang diamanahkan untuk mengajar kita.Saya ulang untuk mengajar!

Ape pulak beza dengan pendidik?

Saya yakin semuanya pasti sudah tergaru kepala kerana perkataan itu juga ada didalam kad anda kepada cikgu anda bukan?Tetapi ketahuilah itu bukan ape yang hendak anda katakan.

Pendidik adalah seorang yang mendidik kita,tidak kiralah di sekolah,dirumah ataupon di padang bola sekalipon.Itulah pendidik.

Ok.
Blur bro.

Baiklah.Sudah saya jangkakan anda memang mamat atau minah blur.hehe
Seorang pengajar itu hanya ditugaskan untuk mengajar kepada kita tidak kiralah anda anak murid kesukaannya,anak emas ataupon anak murid kena baling pemadam papan putih ke.Tugas mereka,iaitu guru hanya untuk menyampaikan ilmu yang mereka miliki.Itulah tugas mereka.Faham atau tidak mungkin itu terpulang pada cikgu itu sendiri,sekiranya beliau perihatin,maka akan dibuat kelas tambahan.Manakala seorang pendidik itu juga tugasnya sama seperti cikgu,Beliau mengajar tetapi dan mendidik.Masih blur?

Beginilah.Pendidik itu akan mendidik anda seperti tugas ibu bapa anda mendidik anda sehinggalah anda menjadi anak yang soleh dan malah menjadi pujaan wanita wanita yang haibat dan chantek diluar sana.Ewah.Ibu Bapa anda makan sentiasa mengawasi setiap tindak tanduk anda.Malah kalau diikutkan hati mereka,anda membuang air besar pon ingin diketahuinya.Oppss..Mereka akan memastikan anda dididik dengan cara yang paling terbaik dan tiada tolok tandingannya.Malah boleh jadi setiap langkah anda dicatitnya didalam buku ataupon zaman sekarang MukaBuku.Contohnya:


"Alhamdulillah anakku sazali tengah baca buku didalam biliknya(Padahal didalam buku tuh ada komik)hehe"

"wahhh sejuk hati kak Cah tengok anak Kak Cah sudah pandai lipat baju sendiri(padahal baju itu baru beli?wahahah"

"Wahhh Kak NAb bukan apelah,anak Kak NAb itu sekarang asyik ke surau je tiap maghrib.Kak Nab terharu laaa..buat lap lap air mata sikit.(Padahal anak tu melencong ke Cyber Cafe)"

Begitulah skrip skrip Mak anda sekiranya anda tambah kenalan Mak anda sebagai rakan anda.Boleh dikatakan setiap lima minit la statusnya diupdate dek menulis perihal anda.Wahhh hebat bukan?

Jadi sudah nampak ape bezanya seorang pendidik dan pengajar?

Ya,saya tahu anda pasti ingin minta balik kad ucapan hari guru anda semata mata ingin memadam perkataan pendidik itu bukan?Dek kerana sudah dapat membezakan ape itu mengajar dan mendidik.
Dan ketahuilah selepas tamatnya alam persekolah,anda juga anda pendidik.Pendidik kepada diri anda sendiri.Kemana halauan yang hendak anda pilih,samada kiri atau kanan.Anda jugaklah yang akan mendidi hati anda kepada jalan yang diredhaiNya.Kerana hati itu adalah raja kepada jasad kita.




"...Ketahuilah bahawa didalam setiap jasad itu ada seketul daging dan apabila ia baik,maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak,maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah HATI"
                                                     (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya kita mendidik hati ini redha kepada penciptaNYa,maka kita akan menjadi insan yang sentiasa tenang dan sabar.Sekiranya hati ini belajar erti CintaNya,maka ketahuilah seluruh amalan kita tidak lain tidak bukan hanya untuk mengharapkan keredhaan dan perhatianNya sahaja.Sekiranya hati ini mengenal erto taqwa,ketahuilah bawasa diri ini,tangan ini,mata ini,telinga ini dan seluruh anggota badan ini akan menjauhi perkara perkara mungkar yang mampu mendapat azabnya.

Bercucuran air mata jatuh.
sedih dan menginsafkan.

Setiap manusia,didalamnya terdapat kebaikkan yang sentiasa meronta ronta ingin disemai dengan benih benih cintaNya,kalimatNya tetapi nafsu itu telah mengawalnya terlebih dahulu.Sebenarnya diri ini sejak lahir lagi adalah seorang pendidik,pendidik yang dimana tiada seorang insan pon yang mengenalnya terlebih dahulu.Pendidik kepada hati kita,nafsu kita,tingkah laku kita.Pendidik yang dianggap tidak bertauliah tetapi fungsinya amat penting.

Mana mungkin kita kisah sekiranya sejak dari kecik kita sudah diset atau di 'tune' kan bahawa kita adalah pengikut kepada arus kehidupan.Mengikut dangan ajaran syaitan bagaimana untuk menhghadapi dunia sedangkan dunia itu adalah tempat mainan syaitan.Syorga kepada manusia yang lalai!Diri ini haruslah dididik untuk menjadi pendidik.Pendidik ke arahNya.Pendidik ke arah SyorgaNya.Fulsetop.



Encik Levis



Note: aseeff kerana lambat mengeluarkan entry yang agak bersawang dek kerana terlalu sibuk dengan mainan syaitan tentang dunia ini.Inshaa Allah akan saya tepis bisikkan syaiton ini,agar terus tsabat dalam menulis dan menyentuh hati hati anda dan sekali gus masuk meminang.Ehhhh.EHhhh.Ehhh.
gurau gurau.
Minggu lepas dan minggu ni adalah minggu yang sibuk tahap gaban sehingga tidak sempat untuk menulis.Minggu depan inshaa Allah akan diadakan Ini Sejarah Cinta Kita(ISK) untuk rakan rakan saya.Doakan agar semuanya berjalan lancar.Biidznillah







No comments:

Post a Comment