Kerana Terpaksa Aku Begini..

muka terpaksa. Sama tak macam muka yang anda selalu rasa?ehh..
Pernah anda dipaksa di awal pagi untuk mandi air yang sangat sejuk sehinggakan anda berdiri kaku di dalam bilik air hampir sejam lamanya kerana anda bebal untuk mandi atau marah akan ibu atau ayah anda kerana menyuruh anda mandi seawal begini sedangkan bantal yang empuk sedang memanggil anda?

Pernah anda dipaksa oleh cikgu anda untuk menyiapkan kerja sekolah ataupon ke kelas tambahan pada petangnya sebagai kelas persediaan untuk menghadapi UPSR yang bakal tiba padahal jauh di dalam akal fikiran dan hati anda, petang itu sudah pon terisi dengan agenda anda sendiri?

Pernahkah anda terasa terpaksa untuk menghadiri bulatan gembira (baca:usrah) yang diadakan setiap hujung minggu di taman yang dimana pokok-pokok menghijau dan arnab dan kucing berkeliaran keriangan,eh,  sedangkan hujung minggu itu anda sudah set-kan untuk berjimba bersama rakan-rakan anda?

Dan pernahkah anda terasa terpaksa apabila si Naqib mengajak anda berdaurah ataupon berjaulah pada minggu hadapan di mana tempat dan lokasi semua dititikberatkan hanya untuk anda tetapi pada hari berikutnya anda merasakan bahawa hari itu adalah hari yang terbaik dan masa yang paling optimum untuk luangkan masa bersama keluarga yang tercinta sambil makan aiskrim vanila dan popcorn berperisa karamel sambil menonton telebisen 42 inci tersebut?

Ya,saya akui bahawa semua itu adalah lumrah bagi seorang yang bergelar manusia di muka bumi ini,malah saya jugak sebegitu pada mulanya. Mencari alasan untuk tidak hadir pada perancangan Naqib saya serta kadang kala merasakan bahawa semua itu adalah membuang masa,tetapi itu adalah dulu. Dan saya yang sekarang tidak seperti saya yang dahulu. Ewahh.

ehem ehem.
 
Setiap orang ada keterpaksaan yang terpaksa dia lalui samada secara paksa rela ataupon paksa lelah.Eh. Pada mulanya dia terpaksa dan lama kelamaannya menjadi rela kerana itu sudah menjadi sebahagian daripada rutinnya. Akan tetapi lain pula sekiranya berbicara tentang bulatan gembira kerana ia sentiasa menjadi terpaksa dan pada akhirnya menjadi lelah dan semput bukan? Sudahlah, akui sahaja pada saya,kan senang.wahahaha

Tanpa kita sedari,semua paksaan ataupon kerahan yang telah kita lalui sebentar tadi ataupon sebelumnya,adalah salah satu jalan yang terbaik untuk kita. PAda paksaan cikgu itu terdapat kecermelangan pada peperiksaan yang akan datang. Pada arahan Naqib kita itu terkandung kasih dan sayang beliau untuk kita agar kita tidak lalai dan sentiasa mengabdikan diri padaNya.Pada jaulah dan daurah yang kita rasa adalah perkara sia-sia itu terselit sedikit ilmu dan jalinan ukhuwah yang dapat membantu kita dikala kita susah ataupon senang.

"Tapi tapi kan Encik Levis,yang tang mandi awal plak itu camner pulak?haaaa.jawab jawab!!.."

Owh yang mandi awal itu? Itu hanya kerana suruhan semata-mata,tiada niat ataupon objektif yang terselindung.Yela,berdosa bukan lawan cakap mak dan ayah kita bukan?huahaha.Bukan. Mungkin pada mandi awal itu terdapat hikmah pada masa tua kita.Iyalah,mandi selepas subuh itu boleh menjadikan satu habit yang baik kerana kelak tua nanti tidaklah kita sebongkok dan serapuh seperti biskut makmur. 

Pandang kiri dan kanan.

Pernah dengar kisah bahawa Nabi Muhammad juga turut dipaksa? Betul. Nabi kita sendiri juga pernah dipaksa oleh mailkat Jibril ketika baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira'. Baginda dipaksa dengan nada yang keras untuk membaca. Berkali-kali dipaksa membaca sedangkan baginda sendiri tidak pandai membaca. Baginda pulang ke rumah dalam keadaan yang menggelentar seluruh tubuh badannya lantas menyuruh Siti Khadijah untuk menyelimutkan baginda. 

Haaa! Kalau anda dipaksa sebegitu rupa yang anda sendiri tidak tahu,apakah yang akan anda lakukan? Jika saya,saya akan menempis dengan kemarahan kerana sememangnya saya tidak tahu dan bagaimana hendak saya lakukan bukan? Ah,karut saja kalau begitu. Ok ini over. huahuahuahua.

Dan kerana terpaksa itulah menjadi Nabi Muhammad segigih dan setabah tabahnya demi menyebarkan islam keseluruh pelusuk dunia sehinggakan pada dahulu kalanya, islam sendiri sudah berjaya menawan dua per tiga dunia. Wahhh ini sungguh osemmm. Dan kerana terpaksa yang baginda alamilah dapat kita sekarang merasai nikmat islam itu sendiri. Darah yang mengalir didalam badan kita sekarang adalah darah islam,darah yang suci dek kerana paksaan yang baginda sendiri hadapi sehinggakan membuatkan kita adalah umat yang teristimewa.

Air mata perlahan mengalir.

Apa lagi alasan kita untuk tidak paksakan diri untuk sesuatu kebaikkan?
Apa lagi hendak kita elakkan lagi,sedangkan kerana paksaan itu jugaklah adalah salah satu cara yang terbaik yang mungkin kita tidak sedari.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
    #Al-Baqarah:216#

 
Ayat ini memang sangat kliche tetapi hikmah dan ibrahnya sangatlah besar sekiranya kita faham dan mendalaminya. Tipulah sekiranya saya tidak merasa terpaksa dalam sesuatu secara dasarnya tetapi secara batinnya,saya merasakn itu semua adalah perancangan Allah untuk saya,dan salah satu cara Allah ingin membimbing saya samada secara yang saya suka ataupon sebaliknya.

Dan selepas ini, andai kata ada paksaan ataupon suruhan daripada Si Naqib ataupon ibu bapa kita mahupon cikgu kita ,lakukan kerana Allah,kerana Terpaksalah Akhirnya kita akan menjadi seperti Nabi Muhammad.

Kerana Terpaksa, Aku Begini...

Begini yang dipandang mulia oleh Allah.
Begini yang menjadi contoh dan teladan pada manusia sekalian.
Begini yang dahulunya terbabas kini kembali ke jalanNya.
Begini dan begini dan sebegini..

Encik Levis.



Nota Kecil: Maaf kerana setelah sekian lama tidak meng-update blog ini yang sudah bersawang dan berhabuk bagai la.haha. Susah juga ingin terus menerus dan istiqamah dalam menulis sebenarnya,dan saya pohon doa anda semua agar doakan saya istiqamah dalam menulis keranaNYa. 

Entry kali ini agak pendek kerana kecetekan idea dan saya sendiri dalam minggu Exam,so agak kelam kelinbut sedikit jadual waktu saya sehinggakan tidak sempat untuk mengjenguk blog ini. 

Dan in Shaa Allah hujung minggu ini,akan pulangnya saya menghadap keluarga tercinta.Doakan saya selamat sampai dan ye saya tahu,saya jugak akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda pembaca sekalian di dunia ataupon diakhirat.

Dan in Shaa Allah bermula hujung minggu hadapan,akan bergeraklah saya kerdaurah dan jaulah yang mebuatkan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan ikhwah ikhwah yang dicintai keranaNya. Bagi ikhwah yang tidak dapat menghadirkan diri pada jaulah tersebut kerana ada urusan yang hendak diselesaikan,tidak mengapa,jangan bersedih jangan berduka kerana kita pasti akan ketemu apabila tiba masanya.

peace yo:)

 


 





 

Menangislah!

dont cry.Allah with you..
Menangislah.

Menangis adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Aik siapa kata lelaki pon tidak menangis,malah lagi sensitip lagi ado lah. lelaki sejati katanya. Eh.

Lah pulak adalah singkatan bagi orang yang bernama Abdullah. Nama glamour Lah. Ringkas. Mudah. Dan cepat. Dan apabila Lah menangis,maka jadi menangislah. Ok ini mengarut. Sila abaikan.

Bila menyebut pasal menangis,ia tidak asing lagi,sudah seharusnya berkaitan dengan hati. Ya, raja kepada jasad kita yang sangat bertaut kepada satu sama yang lain. Ia saling berkait rapat umpama baju dan seluar. Lebih rapat berbanding isi dengan kuku. Umpama PS4 dan joystick. Eh.  Ia adalah seperti jasad dan roh. Hanya dengan izinNya sahaja ia akan reda. Tenang. 

Ada orang menangis pabila kehilangan orang tersayang seperti Datin Mama,Datuk Papa atau Inche Abang or Puan Kakak.

Ada orang menangis pabila kehilangan barang yang tersayang seperti mainan Gundam walaupon orang yang main itu sudah berumur 30an.Ini Gila.

Ada orang menangis apabila melihat cerita korea,hindustan mahupon hollywood. Ini semua iluminati. Eh

Ada orang menangis pabila mendapat result yang teruk dalam test bulanan sahaja kerna takut dimarah oleh Datuk Papa dan Datin Mama.Ini Nerd.

Ada orang menangis kerana putus chenta dengan si Dia yang disangka-sangkakan bahawa Dia lah tuluk rusuk yang dicari selama ini.Ini poyo.

Dan ada orang menangis kerana itulah hobby masa lapangnya. Asal terluang ja masa,menangislah dia.Ok nie dah kena masuk Hospital tanjung Rambutan.Wahaha

Dan ada juga orang menangis apabila dia mendengar ayat-ayat AlQuran yang dialunkan sehingga menggugah jiwa dan mengoncang emosi. Inilah calon zauj atau zaujah yang dicari.wahahaha

Baiklah. 
Seriyes kali ini.

Pernahkah kita menangis kerana risaukan bagaimana pengakhiran kita diakhirat kelak? Ke syorgakah ataupon ke nerakakah?

Pernahkah anda berfikir tentang hal yang sedemikian selain daripada memikirkan dengan siapa anda mahu kawen,kerja dimanakah selepas aku tamat belajar atau adakah aku akan mendapat anak-anak yang gebu lagi comel dengan isteriku? Adakah itu yang bermain difikiran kita?
Tepuk dada tanyalah iman anda.

Dengan keadaan yang kita tidak pasti bilakah saat kematiaan kita ataupon bagaimana saat kematiaan kita,adakah kita menyesali dan menitiskan air mata walaupon setitik sekiranya kita tidak sempat bertaubat?

Adakah kita menangis sekiranya ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang azab pedihnya api neraka itu?

Adakah kita....??

Sekiranya kita menangis keikhlasan mengharapkan keredhaan dan belas kasihan Allah,boleh membawa kita dibawah naunganNya. Rasululah juga pernah berkata tujuh golongan yang mendapat naunganNya pada hari dimana tiada naungan selain naunganNya salah satunya  adalah orang yang bermunajat kepada Allah ditempat sunyi sehingga mengalir air matanya.

Siapakah yang menitiskan air matanya hanya kerana Allah s.w.t? 

Yang menyesali dosa-dosanya yang tinggi menggunung itu?

Malu terhadap dirinya yang sering ingkar dan penuh dengan maksiat dan noda hidupnya?

Kitakah?
Kitakah?
Kitakah?

Nanges la wahai mata dan hatiku.

Kisah 1: Pada suatu hari,ketika masih kecil,Umar Abdul Aziz pernah menangis teresak-esak secara tiba-tiba sehingga membuatkan ibunya risau. Lantas ibunya bertanya, "Wahai Umar,atas sebab apakah engkau menangis?"

Umar Abdul Aziz menjawab " Wahai ibuku,sesungguhnya aku teringatkan maut." Dia terus menangis dan menangis.

Mendengar jawapan tersebut,ibunya gementar dan terus menangis.

Kisah 2: Pada suatu hari,hanzalah menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu dengan Rasulullah saw. Di tengah perjalanan,dia bertemu dengan Abu Bakar. Abu Bakar bertanya,"Wahai Hanzalah,apakah yang terjadi kepada kamu?"

Hanzalah menjawab, "Wahai Abu Bakar,sesungguhnya Hanzalah sudah munafik."

"Masha Allah,mengapa kau berkata sedemikian?"

"Ketika kita bersama dengan Rasulullah saw.Kita berasa seakan.akan syorga dan neraka berada dihadapan kita. Tetapi,apabila kita pulang kepada keluarga,kita lupa semua itu."

Abu Bakar yang mendengar bicara Hanzalah,lantas menangis dengan kuat. "Abu Bakar juga munafik!". Lantas kedua-duanya bergerak bertemu Rasulullah dalam keadaan mereka menangis. Mereka menagis kerana mereka merasakan diri mereka itu dalam kepura-puraan. Mereka takut sekiranya Allah tidak menerima mereka.

Apabila sampai dihadapan Rasulullah,mereka menceritakan apa yang mereka rasakan. Rasulullah menyatakan, "Demi zat yang jiwaku berada ditanganNya,sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketiaka kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya,nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan."

Kisah 3: Abdullah bin Rawahah apabila melihat Jaafar bin Abi Talib gugur dimedan perang,beliau bergerak menggantikan sahanatnya itu. Dalam langkahannya beliau menangis. Sehingga ada yang bertanya " Apakah kamu takut akan kematian?Mengapa kamu menangis?"

"Tidak,aku tidak takut akan kematian. Aku hanya teringat akan penerangan Allah dalam surah Maryam,ayat 71 hingga 72 yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang di antara kamu melainkan sampai kepadanya neraka. Ia adalah satu perkara yang mesti berlaku yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian,kami selamatkan orang-orang bertaqwa,dan kami biarkan orang-orang yang zalim dengan kekufurannya dan maksiatnya tinggal berlutut dalam neraka itu."

Allahu.
Potong bawang besar laju-laju.

Menangislah wahai mata dan hatiku.

Hati akan menjadi basah sekiranya mata kita juga basah. Ia lumrah kehidupan. Sunnatullah. Secara tidak langsung,itulah hati yang lembut. Mudah terusik. Mudah digoyah dengan penyesalan. Lembutnya itu tiada tolok tandingannya. Tidak dibuat-buat dan tidak pulak dipaksa. Ia lahir dari sanubari yang sentiasa mengharapkan keikhlasan penciptaNya. Allah.

Didalam hati menangis,timbullah rasa betapa kerdilnya dan lemahnya diri ini. Ia menundukkan ego yang berkuasa sejak datangnya bisikan-bisikan syaiton  yang dimana ego itu sukar ditundukkan melainkan hati yang lembut dan basah keranaNya.

Menangislah wahai mata dan hatiku.

Sekiranya sahabat-sahabat Rasulullah yang mulia dan dijamin syorga itu pon menangis,ini kan pula kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda setiap masa dan waktu. Aduhai.

Rasulullah yang maksum dan diampunkan dosanya sebelum dan selepas juga menangis. Abu Bakar yang tidak pernah melupakan sunah Rasulullah dan sahabat yang dijamin masuk syorga juga menangis.

Mereka menagis kerana takutkan Allah.

Mereka menangis mengingati maut.

Mereka menangis membaca Al Quran.

Mereka menangis apabila melalukan kesilapan atau dosa.

Inikan pula kita hamba yang longlai,lemah dan keji ini tidak menangis.

Alahai.
Sedarlah.

Kita merasakan bahawa menangis itu lemah. Tidak macho. Kolot. Tetapi lihatlah bahawa para sahabat yang sebegitu hebat pon menangis. Kerana mereka merasakan bahawa menangis itu adalah kekuatan. Ya,kekuatan untuk bangun dan untuk sedar siapa mereka di dunia ini. Bukan untuk menunjukkan bahawa mereka itu lemah,tetapi sebaliknya.

Menangislah wahai mata dan hatiku.

Air mata ini hanya berguna didunia. Mampu menjadi tatapan ribuan manusia. tetapi,ketahuilah bahawa diakhirat,ia sudah tidak bermakna. Tidak dipandang walaupon memnangis air mata darah sekalipon untuk merayu di hidupkan kembali di dunia ini untuk beramal,semuanya sudah terlambat. Sia-sia.

Allahu.

Ingatlah. Bahawa kekuatan menangis itu lebih padu dan kukuh apabila kita bangkit dan bergerak berbanding dengan kekuatan yang dicari.

Menangislah sebelum kita dinangiskan.

Jangan sesekali kita meninggikan ego hanya kerana untuk menidakkan sifat fitrahnya menangis itu sendiri.

Menangislah wahai mata dan hatiku.


Encik Levis.

P/s: Semoga anda masih lagi bersemangat mengejar ibadah di dalam bulan puasa. Ayuh kejar syorganya sehingga lebam-lebam badan,mata dan mulut dek kerana kejar amalan di dalam bulan puasa.













Alahai Jemput masuk,Jemput Jemput..Ahlan Ahlan!!

hai saya semua!! lama tidak bersua..
"Hai tercegat apa lagi kat luar tuh. Marilah masuk ke dalam rumah nie. Meh Meh jangan segan silu. Alaaa buat je macam rumah sendiri. Lagipon awok bukannya selalu datang sini pon. Semua saya dah sediakan. Nasi Tomato berserta daging palembang ada, air jus tembikai susu ada, dessert kek tiramisu pon ada. Alaaa bukan selalu pon meriah macam nie. Lagi lagi pulak untuk tetamu spesel macam awok nie. Dah dah tak payah nak segan segan kucing plak

------------------------------------******-----------------------------------------

Haaa. Terasa macam diraih begitu teruja tahap dewa tak? Pernah anda merasa betapa anda sangat dijemput sebegini oleh sahabat anda? Sanak saudara anda? atau bakal mertua anda?Eh.

Penulisan kali ini bukan ingin saya ceritakan bahawa Datuk M dan Datin S pernah datang ke rumah saya. Bukan juga untuk menceritakan keterujaan saya apabila Rashid Sidek,jurulatih Lee Chong wei datang ke rumah saya itu hari.Eh. Bukan juga menceritakan artis popular kini datang bertandang ke rumah saya.ohoii. Dan jauh sekali untuk menceritakan betapa hebatnya saya memasak sebegitu hidangan untuk tetamu spesel saya. Wahai!

Pada saat yang emosi ini,dimana perasaan kegumbiraan dan keterlonjakkan riang ria saya dek kerana keterujaan saya sebegini nazak yang saya kira mengalahkan kanak-kanak ribena ini,ingin sekali saya menceritakan betapa saya berdebar, seronok,bersemangat dan bercampur baur perasaan saya kali ini untuk menyampaikan kepada anda mengapa berlaku begini pada saya. Saya kira doktor se-master atau sehebat mana pon tidak mampu menghuraikan penyakit saya ini. Tetapi izinkan saya untuk berkongsi penyakit ini dengan anda. Anda mahu?

wahahaha

Saya tahu pasti anda sudah terpinga-pinga dan terus menerus menggaru kepala anda terhadap kepelikan kelakuan saya yang kurang siuman ini atau mungkin dipanggil anda ,kemaruk cinta mungkin. Amboii.. 

Ahhh tidak saya peduli semua itu. 
Ewahh

Begini,sebelum itu beri saya ruang dan peluang terlebih dahulu untuk meredakan gelagat saya ini. Biar saya tarik nafas panjang-panjang terlebih dahulu ye.

ooouuusssss..

Baiklah.

Ehem ehemmm.

Betulkan baju melayu dan sampin dulu.

"wahhh Encik Levis nie sampai bersampin baju melayu bagai nie,ada majlis orang kawen ke hape nie? ke Encik Levis yang nak kaweeennn nie?.Heee.."

haaaa...
Itulah yang saya mahu gomongkan sama kamu semua.Eh.
Bukan. Bukan. Bukan saya yang nak kawen or majlis kawen sahabat saya. Tapi saya nak tunjukkan betapa happy dan terujanya saya dengan tetamu kali nie.
Saya yakin anda juga bakal teruja dan gembira seperti saya. Seperti mahu lompat tinggi-tinggi sambil menjerit keriangan gituh. Eheh.

Tetamu kali ini pasti anda semua tahu dan kenal sesangat.
cuba teka!
siapa betul saya belanja air Ribena.Eh

haaa betul.
Ramadhan nama yang diberi.
mari kita kenali Ramadhan ini dengan lebih lanjut. Kita bertaaruf dahulu selepas itu barulah boleh bercinta dan terus kawen. Oppss. silap. silap.
hehe
yeah yeah ecok puasa. Puasa kasi penuh tawww..

"Apabila bulan Ramadhan telah datang,maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"
(Muttafaq 'alaih)

Nampak sudah bukan betapa dasat dan speselnya tetamu saya ini bukan. Manakan tidak, syaitan semua diikat dan dah takde chance la syaitan nak bisik-bisik manja kat kita lagi. Tambahan pula selepas ini boleh la malam-malam kita main nyorok-nyorok. Tiada lagi kes orang disorok syaitan semua bagai. Eh

"Setiap anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka Allah SWT berkata: kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya,mereka meniggalkan makanan,minuman dan syahwat mereka(disiang hari) hanya keranaKu"
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Laaa hang tunggu apa lagi. Pi la buat-buat baik kat ramadhan tuh macam aku buat tuh.wahahaha. Nampak bukan agenda saya menjamu hidangan yang masyuk itu. Itulah dinamakan tektik untuk mendapat ganjaran Ramadhan. Anda bila lagi? hohohoh

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajatAllah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupon meninggalkan makanan dan minumannya.
(Riwayat Bukhari)

Lagi satu nak pesan kepada anda tentang tetamu kali ni,berkatalah dengan tuturan yang manis ala ala boleh sampai kena potong kaki gituh.Eh. Dan tidak lupa akhlak juga harus dijaga ketika berdepan dengan Ramadhan. Sekiranya tidak,maka rugilah kita umpama debu yang berterbangan hanya sekelip mata sahaja. Penat lelah kita tidak membuahkan hasil dek kerana akhlak dan pertuturan kita.

"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi"
(Riwayat Tirmizi: Sohih)

Teramat rugilah kita sekiranya Ramadhan yang datang ini,tidak kita manfaatkan kedatangannya seratus peratus iaitu dengan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah kerana ketika itu dan disaat itu jugalah doa kita tidak ditolak. Mana mungkin peluang keemasan ini mahu kita tolak atau abaikan sementah- mentah bubur nasi kita semalam.Eh

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorongleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah dosa-dosanya yang terdahulu"
(Muttafaq 'alaih)

Wahhh. Epik bukan ramadhan ini. Sekiranya kita hanya suka suki untuk melayan Ramadhan, tetamu spesel kita ini hanya sekadar kemestian, maka tersangat rugilah dan sayang seribu kali sayang kerana semua dosa dosa kita yang menggunung lebih tinggi dari Gunung Everast itu,dapat dihapuskan oleh Allah. Lahirkan sifat untuk mendapat keredhaan demi menjamin pelupusan dosa dosa kita yang lalu. Andai sekiranya Ramadhan ini kita abaikan,endah tak endah sahaja, tidak terjamin bahawa ia akan berkunjung dan bertandang ke rumah kita lagi pada lain tahun.
Allahu.

Nanges besar.

Last but not least. Amboi speaking gaya-gaya Angelina Juling gituh. wahahaha.
Untuk pengetahuan anda juga,Ramadhan mempunyai seorang anak perempuan yang jarang sekali keluar rumah. Solehah malah orang tua-tua cakap, wanita melayu terakhir la di muka bumi ini.Ewahh.

Ingin berkenalan dengan si Dia?

Amboiii bab gatal, tak kenal maka tak cinta ni,laju ja hangpa noh.

"Carilah Lailatul-Qadri itu di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan-yakni malam 21,23,25,27 dan 29.
(Riwayat Bukhari)

Haaaa. Tunggu apa lagi,bapak dia dah bagi peluang pergi cari anak dia,Laila pada malam ganjil sepuluh malam terakhir gituh. Tuh dah dapat restu dan izin namanya. Wahahaha. 



Encik Levis.

P/s: Dikesempatan ini,ingin saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca tegar belog saya ini.(bajet bajet ramai pembaca ja). ahahaha. Semoga ramadhan kali ini kita all-out beribadah kepadaNya dan semoga semua amalan-amalan kita dibulan ramadhan ini diterimaNya. Dan saya berharap agar bukan dibulan ini sahaja kita gandakan amalan kita,tetapi dibulan bulan yang lain. Biidznillah.



















Bedtime Stories : Sebatang Pokok Kurma!

Meh Tok Nek dodoikan kamu dengan sebuah kisah...

Ini bukan kisah mengenai Pokok Kurma yang menangis ketika Rasulullah memberikan khutbah beginda di atas mimbar itu. Dimana kisah menunjukkan Rasulullah yang biasanya bersandar di pokok tersebut sebelumnya untuk memberi khutbah,kini,yakni sudah didirikan satu mimbar khas buat baginda untuk menyampaikan khutbah.

Ini bukan kisah kurma pujaan hati anda iaitu kurma Yusuf Taiyob yang sentiasa didengari dicorong-corong radio ataupon yang sering popular ketika hampir bermulanya Ramadhan Al Karim itu. 

Ini juga bukan kisah tentang bagaimana untuk menjadi peniaga kurma ala ala Pak Arab itu ataupon rahsia disebalik menjadi peniaga kurma yang berjaya gituh.

Ini bukan jugak kisah yang sering anda dengari tentang kurma. Biarpon mengenai rahsia disebalik makan kurma mahupon khasiat ataupon sunnah Rasulullah.

Bukan. Bukan. Dan bukan juga.

Tetapi ini adalah kisah seorang sahabat, Abu Dahdah dengan sebatang Pokok Kurma.

Pernah dengar?

Belum bukan.

Moh saya ceritakan kepada anda.
Senyum..

Tetapi sebelum itu,ada syaratnya.

Pergi sediakan Popcorn perisa karamel dan Air bergas yang bukan jenama boikot.
Gituh. Barulah sedap mendengar dan sekaligus boleh bermimpi menjadi Abu Dahdah terus.

Sengih sampai nampak gigi.

Betulkan kerusi.
Ehem ehem.
sound check.

Ewahhh..

Tamar lebih sedap kalau dimakan dengan susu.Masyukk ohoi..


Pada zaman dahulu ada seorang anak yatim yang memiliki sebuah kebun. Lalu, pada suatu hari anak yatim tersebut ingin membina tembok di sekeliling kebunnya.

Namun malangnya, tembok itu tidak dapat didirikan kerana terhalang oleh sepohon tamar milik tuan kebun sebelahnya. Lalu, pergilah si anak yatim ini berjumpa jiran kebunnya dan berkata,

"Wahai tuan, bolehkah kau memberi sebatang pohon tamar itu padaku agar aku boleh membina tembok di sekeliling kebunku secara tegak."

Dengan sombongnya, pemilik kebun itu menjawab "Tidak."

Lalu si yatim ini merayu lagi, "Wahai tuan, aku ingin membina tembok, tolonglah berikan sebatang pohon tamar itu padaku agar hajat aku terlaksana."

Tukang kebun itu berkata, "Tidak! aku katakan tidak!"


Lalu berjumpalah si yatim ini dengan Rasulullah dan mengadu pada baginda. Rasulullah pun berjumpa dengan si pemilik kebun. 

"Wahai saudara, bolehkah diberikan sebatang pohon tamar itu kepada anak ini?" Tanya Rasulullah.

Lalu pemilik kebun itu naik berang. Dirasakan anak yatim itu mengadu domba kepada Rasulullah.


"TIDAK!" jawab si pemilik kebun itu. Keras.

Rasulullah pun mengulangi pertanyaannya, "Bagaimana jika engkau memberikan sebatang pohon tamar itu pada si yatim ini dan Allah memberimu sebatang pohon tamar dalam syurga di mana jika engkau mengenderai kuda di bawahnya selama 100 tahun, engkau masih akan tetap berada di bawah redupnya?"

Woah..

Siapa yang tidak mahu Pokok Tamar disyorga bukan.

Tetapi persoalannya. Bagaimana sekiranya pekebun itu ke neraka manakala pohon Tamar tersebut di syorga? Tidakkah bertambah kekeliruan disitu.

Errrr..
Garu kepala yang banyak kutu. 
Oppss.

Itulah trick Rasulullah. Mana mungkin Nabi Muhammad menawarkan pohon itu hanya disyorga sedangkan tiada tuannya. Sudah semestinya dan lagi tepatnya bahawa Rasulullah juga menawarkan pekebun itu syorga bersama pohon tersebut.

Tepuk dahi.

Pada waktu itu, ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dahdah mendengar tawaran Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Rasulullah! Jika aku membeli pohon tamar itu dan memberikannya pada anak yatim ini, adakah aku akan mendapat tawaran yang sama?"

Rasulullah menjawab, "Ya."

Abu Dahdah yang memiliki kebun kurma tersohor dan terdapat sebuah rumah serta mata air di kebunnya seraya berkata kepada si pemilik kebun yang sombong, "Apakah engkau mengetahui tentang kebunku?"

Lalu pemilik kebun itu berkata, "Siapakah penduduk madinah yang tidak mengenali kebunmu wahai Abu Dahdah?"

"Mahukah engkau jika aku tukarkan kebunku itu dengan sebatang pohon tamar ini?"

Tercengang si pemilik kebun yang sombong itu. Biaq betoi Abu Dahdah ni. Hish betoi ka? sebatang pohon tamar dengan sebuah kebun yang mewah?

Tapi akhirnya si pemilik kebun itu pun bersetuju. Lalu Abu Dahdah pun berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah! Sudah adakah pohon tamar di syurga buatku?"

Lalu Rasulullah menjawab " Tidak"

Setelah mendengar kata kata Rasulullah tersebut,maka Abu Dahdah menjadi kaget. Konfius. Tergamam sebentar.

Bior betul Rasulullah nie,Abu Dahdah dah dermakan keseluruh kebun Tamarnya kot. Takkan la tiada satu pohon Tamar pon untuknya disyorga. Paling koman pon setandan buah Tamar pon jadilah. Tidak pon sebijik buah Tamar pon sudah disyukuri sangat sangat.

Ini sungguh luar biasa. Siapa yang mendengar jawapan itu pon pasti naik berangnya malah boleh menjadi Hulk (baca: Raksasa Hijau didalam movie) dengan semertanya dek kerana ketidakpercayanya pada kata kata tersebut.

Sabor wahai pembaca.
Apa kata anda pergi ambil wuduk dahulu dan beristighfar banyak banyak.
Emosi benor.
Wahahaha

Rasulullah berkata, "Tidak! malah Allah menyediakan kebun-kebun tamar buatmu. Tak terhitung banyaknya."

Rasulullah mengulang-ulang kata-katanya sehingga Abu Dahdah berlalu pergi.


Tengok! Dan disuruhnya sabor. Kan dah malu sendiri. Hoho.

Lari laju laju sambil tutup muka.


Setibanya di rumahnya di kebun mewah miliknya, dia memanggil isteri dan anak-anaknya keluar, "Wahai isteriku, ini bukan lagi milik kita. Aku telah pun menjualnya."

Isterinya bertanya, "Dengan harga apakah engkau menjualnya wahai suamiku?"

"Dengan kebun tamar di syurga yang mana jika engkau mengenderai kuda selama 100 tahun di bawahnya tetap engkau berada di bawah lindungannya."

Apa jawab isteri Abu Dahdah? Adakah dia marah dan berkata, "Hang ni biaq betoi?"

Tak. Malah isterinya menjawab, "Allah Maha Besar! sungguh berbaloi penukaranmu itu!"



Wahhh epik bukan cerita ni. Kan saya sudah bilang,simpannya Popcorn itu sampai ceritanya dihabis-iinn. Ini tidak, kok diterus terusi makan tanpa henti. Waduhhh..
Eh kenapa saya berbicara didalam bahasa indonesia ini.
hahaha

Osem bukan sahabat nabi ini. Mana mungkin sekiranya anda mempunyai kebun buah yang sungguh besar jika hendak di sistem barter dengan sebatang pokok buah yang lain. Sudah semestinya dipikirkan seratus kali malah lebih dahsyatnya lagi terus berlalu tanpa berkata apa apa kerna anda menyangkakan pertukaran itu tidak masuk akal bukan.

Tetapi itulah kekuatan para sahabat,dimana keimanan mereka itu tidak sama sekali mampu dibeli dengan harta dunia. Keimanan dan keyakinan mereka tidak mudah digoyah dan digugah walaupon dengan pelbagai tawaran melainkan tawaran Syorga nun disana.

Menitik air mata.
lap perlahan-lahan.

"Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui"
                                        #Al-Imran : 92#

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya kejalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan."
                                   #Al-Baqarah : 145#

Pinjaman yang menguntungkan adalah pinjaman dengan Allah. Tidakkah kita mahukan pinjaman dimana kelak iaitu diakhirat pinjaman itu dilipatkaligandakan. Itu adalah pasti. Janji Allah terhadap hambanya yang menyakiniNya malah menguntungkan kita dan tidak pulak merugikan Allah.

Tergamam. Kaku membeku.

Keyword (baca: kata kunci) didalam kata kata Allah tersebut adalah harta yang kita cintai. Bukan harta yang kita rasa sudah tidak diperlukan ataupon harta yang tidak elok dan terpakai lantas tanpa segan silu mendermakan kepada anak-anak yatim,ataupon wang kertas yang sudah koyak rabak,diconteng atau lebih sedihnya wang kertas yang sudah di tampalkan dengan salotape, dimasukkan 
ke dalam tabung -tabung masjid.

Terasa hati dipanah.

Pilu. Kesian. Sedih pon ada jugak.

Ya,saya tahu itu jugak bermakna sedekah ataupon etlis ada juga disumbangkan,tetapi pokok pangkalnya tidakkah kita mahukan kebajikan yang sempurna? Kebaikkan yang dilipatgandakan? tidak mahukah kita?

Ketahuilah bahawa sedekah dan infak yang kita lakukan merupakan saham kita yang utama diakhirat kelak. Saham yang mampu menyelamatkan kita dari Api Neraka yang kesukaannya adalah jasad jasad kita.
Dan tidak pernah ada saham yang lebih menguntungkan dari saham yang dibawa ke akhirat jika hendak dibandingkan dengan saham-saham syarikat besar ala ala dalam cerita melayu gituh.Eh

Saya jugak yakin,bahawa rata rata selepas ini,anda pasti ingin mimpikan menjadi seperti Abu Dahdah yang osem serta kool ini bukan.


Perut sudah kenyang,so memang sesuailah masa untuk bermimpi bukan?
ohoii..

Dan biar disematkan didalam hati kita,supaya sentiasa bermurah hati dan sentiasa menambahkan saham akhirat kita dengan bersedekah walaupon semiskin mana pon kita. Peganglah dengan janji Allah.

Yakin dan Percaya adalah kunci segala-galanya.

Ayuhh menambah saham.

Encik Levis

P/s : jazakallahu khoiran kathira saya ucapkan kepada seorang akhi yang sudi berkongsi cerita ini kepada saya. Saya kira, ibrah yang dapat ambil dari kisah ini sangat mengujakan saya malah saya jugak turut ingin menjadi seperti Abu Dahdah yang osem gituh. Mudah-mudahan.

Dan saya jugak ingin menyeru agar kita sama-sama bertatih dengan amalan bersedekah tertutama didalam bulan ramadhan yang bakal menjelma ini,kerana kebaikkan didalam bulan ramadhan hanya Allah sahaja yang tahu.

Mata bersinar-sinar dek ketrujaan ganjaran didalam bulan ramadhan.



Ikhwah Itu Bergaya Ala Ala Datuk?

ohoii Lacoste..Peberet aku nie...




Rambut disikat rapi. Baju jenama Hollister. Disarungkan pula seluar jeans Levi's ( eh terasa la pulak.ehem ehem). Tali pinggang pulak berjenama Bugatti. Kasut pulak dipadankan dengan baju yang tidak asing lagi jenamanya iaitu selipar jepun! Eh selipar jepun je? ok silap taip silap taip. Aseef ye. Kasut sudah semestinya kasut yang diminati iaitu kasut Lacoste.Walawehh..

"Akh,amboi bergaya sungguh ana tengok anta. brand giler semua satu set outfit anta nie,kalah Datuk Datin nie" kata-kata sinis dilontarkan oleh Sudin tanpa berselindung.

"Yela Akh,ana tengok barang barang anta mana ada barang barang cap Kaki Ayam nie,semuanya kalau boleh kedai yang bila masuk je,semua orang pandang nie!" ujar Kasim bersendengkan dinding disebelah cermin rumahnya.

"Ana bukan apa Sudin Kasim,ana dah biasa dengan jenama jenama nie,ana kurang selesa sikit dengan jenama pakai buang nie" dibalas Selamat sambil memperbetulkan bajunya dihadapan cermin tanpa memandang sekilas wajah Sudin ataupon Kasim.

"Berjenama berjenama jugak tapi kita sebagai dai'e nie kena la berpada pada dalam berpakaian ataupon membelanjakan wang kita. Kan zuhud itu lebih baik" tangan Sudin menepuk bahu Selamat dengan bersahaja. Kelihatan nada lembut digunakan oleh Sudin dalam menasihati sahabat serumahnya itu.

"Betul Selamat apa yang sudin katakan itu" tambah Kasim.

Namun segala teguran sahabat dunia akhiratnya itu hanya dibalas dengan satu senyuman. Senyuman yang mampu meredakan kemarahan sesiapapon bahkan kemarahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab. Selamat segera mendapatkan kunci keretanya di atas meja soleknya itu. Kereta itu juga baru sahaja di beli olehnya. Boleh dikatakan semua barang barangnya kini semuanya baru baru belaka. Bak kata mokcik mokcik kampung,bau kedai masih lagi dapat dihidu.

broom broomm...

Deras laju bunyi kereta Vios keluaran baru itu. Selamat memang dahulu kalanya meminati jenama Toyota ini. Katanya buatan Jepun ini sangatlah memuaskan hatinya berbanding dengan harga yang tidaklah semahal BMW ataupon Volkswagen. Kali ini Selamat menuju ke Putrajaya. Jarang sekali dia menuju ke Putrajaya melainkan ketika hendak melawat Masjid Putra ataupon Masjid Besi yang sangat terkenal di Putrajaya itu sendiri. Kali ini hatinya berdebar debar. Setereng keretanya dipegang erat. Matanya tajam memandang jalan raya dihadapannya. Kelihatan Putrajaya tidaklah sesesak seperti di Kuala Lumpur tempat dia bekerja. 

Selamat bekerja sebagai seorang Cikgu Matematik di sebuah sekolah yang hanya untuk anak-anak datuk. Setiap hari dia akan menaiki Pengangkutan Awam untuk ke sekolahnya. Lebih murah dan jimat. Masa yang diambil untuk ke sekolah itu hampir satu jam. Setiap hari Selamat menggunakan masa sepanjang perjalanannya menuju ke sekolah dengan menghafaz Al-Quran. Digunakan masa sebaiknya walupon suasana tidaklah memberansangkan kefungsian otak. Namun tetap jua pendiriannya jika dibuangkan masa dengan melihat MukaBuku ataupon Pengicau sahaja. 

Baginya masa itu emas malah ia lebih bernilai dari itu. Kata-katanya itu disematkan didalam hatinya kerana itu adalah kata-kata naqib kesayangannya. Bunyi mudah tetapi maksudnya mendalam. Teringat memori ketika dia Sudin Kasim berusrah bersama. Terukir senyuman dibibirnya ketika memandu. Kenangan manis sesama mereka dan ahli ahli usrah yang lain. Tersengih seketika.


Bersambung....

Encik Levis

P/s:Masih mencari sinar untuk tamatkan cerita pendek ini.Walaupon tidak seberapa tapi masih mencuba untuk bertukar mood.hehe
Harap cerita ini tidaklah sebosan ending cerita yg klise gituh..Mohon doa kalian semua agar cerita ini semakin menarik malah meletup sehingga ke pasaran gituh.eh..
Semua nama berikut tidak kena mengena antara yang hidup atau yang mati.
Aman.
senyum.

Aku Bosan, Fed Up!!

Ahhhh,enough i said!!

Hati ini terpanggil panggil dengan perasaan semarah marahnya untuk menulis entry kali ini.

Terasa dihujung lubuk hati ini ingin melepaskan semua bebanan yang terbuku malah mengrunsingkan kepala yang semakin botak dek kerana sikap manusia yang sebegini.

Bukan niat dihati ingin mengaibkan ataupon menjadikan ruangan belog ini sebagai ruangan menyebarkan kebencian malah jauh sekali untuk menabur fitnah tetapi niat dihati yang lemah malah lagi marhaen ini untuk menegur segelintir sikap manusia yang saya fikir jika ditegur secara berhemah dan berhikmah pon,telinga sudah pon ditutupi dengan kapas seberat 3 Ton.Alahai.

Ada baiknya sekiranya saya menegur di sini agar ada hati hamba hamba Allah yang tergerak untuk merasa lebih aman apabila membaca entr kali ini.

Diharapkan sebelum anda,anda sekalian pembaca setia Encik Levis agar membacanya tanpa ada sedikit pon perasan benci ataupon dendam di dalam hati anda kerana kelak anda akan menyalah tafsirkan niat saya ingin menulis kali ini.

Bismillah.

Pertama tamanya ingin saya mengajak anda semua beristighfar  sejenak agar dapat menghapuskan dosa dosa kita yang kita lakukan sepanjang hari ini tanpa kita sedari.

       "Sesungguhnya beristighfar itu adalah taubat kecil"
                             (imam Ghazali)


Bosan.
Fed Up.

Satu ungkapan yang sering diungkapkan oleh semua manusia setelah melakukan perkara yang sama atau dirasakan perkara atau lebih specifiknya orang tertentu itu sangatlah membosankan.

Ya,saya ingin menekankan ORANG,bukan perkara.Kadang kala ditafsirkan juga benci yang sedikit terhadap orang tersebut.Benci tapi sayang.Eh.Sudah dirasakan dihati kita mudah untuk merasa bosan dengan seseorang.Samada bosan dengan sikap orang tertentu,terasa seseorang itu sudah tidak boleh ditafsirkan sebagai sahabat kita lagi,atau orang tersebut bukanlah sahabat atau teman idaman untuk kita bergurau senda atau teman tapi mesra gituhh.Errr.Gelemang bulu badan.Ahaha

Setiap kita pasti akan merasa bosan dengan seseorang terutama orang itu bukanlah seperti apa yang kita jangkakan.Seseorang itu mungkin sudah dimasukkan di dalam senarai hitam (black list) anda bukan.oppss ini bukan soal couple or pasangan ye.Harap anda ngerti ye,niat bukan untuk menghuraikan tentang kebosan anda dengan pasangan anda ye.Anda silap belog nie.Silakan berlalu kerana ini belog extreme untuk orang yang sakit tenat.Tenat kerana harta atau perihal dunia telah masuk ke dalam hati.Fulsetop.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
                                    #Al-Baqarah:216#

gulp.

Kita selalu merasakan bahawa rakan kita adalah yang terbaik untuk kita,Dia yang kita sayang separuh mati sampai sanggup terjun bangunan itu adalah terbaik untuk kita.Dia yang tinggal serumah yang mengongsi hobby yang serupa itu adalah terbaik untuk kita.Dia yang selalu bersama ketika ke Gym ataupon teman work out,teman menjaga pyramid makanan adalah terbaik untuk kita.Arghhhh..Anda silap.Bukankah Allah telah berfirman seperti ayat di atas.Apa anda mahu menyangkal firman Allah?Adakah kita lebih mengetahui melebihiNya?

Mohon betulkan niat ye.Itu bukanlah hak kita untuk mengatakan apa yang terbaik untuk kita.Kita hanya mampu berkata bahawa itu mungkin yang terbaik untuk kita buat memenuhi nafsu kita.Untuk menyedapkan hati kita yang serabut seperti sejuta ikatan tali yang sukar arghhh..lupa perkataan la plak.Jangan marah ye.hehe.

Ya,itu semua adalah sangkaan kita sahaja.Tidakkah Allah berfirman bahawa Allah menurunkan ujian hanya mengikut kemampuan hambaNya.Rakan serumah anda itu adalah ujian untuk anda menempuh kehidupan ini.Teman satu kelas anda adalah ujian yang terbaik untuk anda mempelajari erti kehidupan.Rakan sepermainan anda itu juga adalah ujian untuk anda memperbaiki diri anda itu.Tidakkah semua disekeliling kita adalah ujian untuk kita?Ujian untuk memantopkan lagi keimanan kita terhadapNya?

Saya teringat kata kata seorang sahabat saya yang saya kasihi keranaNya.

"Setiap muslim yang berada sekeliling kita itu andalah cerminan buat diri kita"

Mengapa cerminan untuk diri kita pulak?Kerana dengan diri dan keperibadian diri merekalah yang membentuk kita.Mengajar kita erti sama ada bertolak ansur ataupon bertambah egonya.Cermin yang kita melihat hari hari ketika keluar tandas,masuk tandas,sikat rambut malah sebelum tidor pon melihat cermin.Ape citer plak tu bro?ahahaha..

Itu dah dikatakan syok sendiri bukan.Wahahaha

Lari laju laju macam dikejar anjing.
ohooiii

Ketahuilah wahai manusia yang bergelar hamba termasuklah diri saya,kita terlalu banyak menunding jari menyalahkan orang sekeliling kita apabila apa yang terjadi bukanlah seperti apa yang kita mahu.Kita terlalu mencari kesalahan diri orang lain sehinggakan amalan kita hanya sedikit dek terlalu taksub mengira kesalahan orang lain.Siap ada buku 555 lagi tuh mencatitkan kesalahan orang lain.Dan kita juga terlalu cepat menghukum lantas membuat keputusan tanpa berbincang.Itu cara pengecut namanya!Hamek kau.

Mana janji kita terhadap Allah di dalam surah Al Hujurat yang mengatakan bahawa kita ini adalah bersaudara.Ikatan Aqidah itu lebih utuh dari ikatan darah ataupon ikatan game,Gym,atau ikatan Memasak kita.

Geleng kepala.

Kita terlalu manja.
MANJA!

Hanya mengharapkan pujian,belaian kasih sayang sahabat kita atau teman mesra tapi benci.Kita terlalu terbiasa dengan belaian manja yang selembut sutera dek mampu menidurkan hanya sekelip mata.Amboi.Ingatlah wahai teman temanku sekalian.Syorga Ilahi bukan untuk orang manja.BUKAN!!Syorga Allah hanya untuk orang yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan amalannya.Bagaimana untuk menghapuskan kebosanan hati ini terhadap akhirat.Bukan untuk orang yang manja yang sentiasa mahukan keselesaan,katil yang empuk,makanan yang sedap sedia terhidang ataupon Game didepan mata.

Jika itu yang kita mahukan,sudah terpesonglah niat kita.Sudah terbelangkai janji janji kita ketika mana sebelum dihadapkan dimuka bumi ini,sebelum kita dilahirkan,kita berjanji kepada Allah bahawa hidup dan mati kita hanya kerana Allah.Masih ingatkah kita?Ya,ramai beralasan bahawa kita masih lagi dalam kandungan yang tidak mengerti apa apa,tetapi mana mungkin terungkapnya kata kata janji itu sekiranya bukan dari kehendak hati kita yang suci itu.

Anda telah melanggar perjanjian anda terhadap Allah.Mampukah kita memberi alasan aku dah bosan dengan kerja kerja dakwahku,aku dah fed up dengan aktiviti aktiviti yang hasilnya hanyalah seciput.Jika itu yang kita ungkapkan,sangatlah saya risau kerana dihati kita sudah ada penyakit wahan iaitu cintakan dunia.Mohon diri ini dijauhi.Mana mungkin anda mampu memberi alasan bosan dengan semua ini sedangkan semua ini adalah ketetapanNya.Mana mungkin anda sewenang wenangnya menyalahkan orang sekeliling yang masih kasihkan anda,malah terlalu baik dengan anda hanya kerana anda memikirkan kemahuan nafsu buas anda itu.

Itukah alasan anda yang anda ingin di adili dihadapanNya?

Ahhh,Bermimpilah anda untuk siang dan malam hari.Biarlah saya tegas supaya diakhirat nanti sudah terlepaslah saya dari tarikan tarikan anda yang cuba menyalahkan saya kelak.Yang hanya fikir untuk melepaskan diri.Biar diri ini dibenci dek kerana ketegasan tetapi terlupa bahawa anda itu terlalu manja malah hanya memikirkan kepuasan diri sendiri.

Sekiranya Nabi Muhammad bosan dengan sikap anda,pasti tiadalah syafaat yang disediakan bagi ummatnya yang kasihkan beliau.Pati tidaklah tersebarnya agama islam itu sendiri.Terkapai kapailah kita diakhirat kelak sekiranya Nabi sudah bosan dengan kita.Mahukah kita sedemikian.

Allahu.
nangis besar!

Saya kira kebanyakkan kita terlalu memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya.Keputusan terburu buru kita hanya mengeruhkan lagi keadaan.Anda menjadikan alasan untuk selamatkan diri,untuk memperolehi memahuan anda itu sebenarnya anda silap,anda adalah orang yang kalah,Kalah dengan bisikan bisikan syaitan kerana hidup anda hanya ada anda bukan diri orang lain.Anda yang mengambil keputusan untuk keluar dari satu masalah itu bukan menyelesaikannya,malah anda menangguh masalah tersebut kelak nanti anda juga yang menyesal.

Anda boleh bosan dengan orang sekelilingan anda kerana ingin turuti nafsu anda,tapi ketahuilah itu bukan yang terbaik untuk anda.Anda boleh fed up dengan seseorang dek kerana sikapnya,tapi anda adalah pengecut kerana terlalu fikirkan kepentingan diri daripada menyelesaikannya.

Saya menyeru kepada anda semua,sedarlah.Jika kata kata dan nasihat ini sudah tidak mampu menembusi hati anda,hanya doa yang mamou saya titipkan kerana diri ini sangatlah lemah untuk mengubah hati anda,kerana semua itu adalah kuasa Allah.Sesungguhnya saya kasih kepada anda keranaNya.


Encik Levis

Note:Aseff lambat mengeluarkan entry terbaru dek kerana gangguan emosi.Entry kali ini pon berkaitan dengan emosi yang dialami kerana itu diharap orang yang dituju sedar dan bertindak segera.Hati ini remuk dan sedih kerana perkara yang selama ini dijaga dan dititikberatkan berkecai hancur lebur.

biarlah hati ini terubat sendiri.Sesungguhnya hanya padaMu ya Allah aku memohon keampuanan dan pertolongan.Diharapkan doa anda semua agar diberi kekuatan untuk menghadapi masalah ini.




Surat Buat Sahabat Sahabatku

tidakku takut biarpon aku seorang. Allah bersamaku!!

Saya tahu kali ini saya harus jugak menulis. Menulis untuk menyedarkan sahabat sahabat saya yang saya sayang keranaNya.Meskipon mungkin mereka tidak membaca tetapi saya sangat berharap agar ada orang menyampaikan isi hati saya ini.Sungguh api semangat ini sukar untuk dipadam kerna ia sudah menjadi obor lantas tunggu untuk di bawa berlari seperti sukan olimpik gituh.Ehh

Surat ini sememangnya untuk tatapan semua bukan sahaja untuk sahabat sahabat saya sahaja malah buat semua penduduk muka bumi ini.Saya berharap sangat bahawa anda semua membaca surat ini biar sampai habis.Kholas!

Tujuan surat ini bukanlah untuk mencela,bukan untuk mencaci malah jauh sekali untuk mengutuk.Tujuannya sangatlah jelas keranaNya iaitu untuk menyemarakkan lagi semangat semangat As-Syabab yang mana saya kira sangatlah penting untuk menghadapi mehnah mehnah zaman teknologi sebegini haibat.

Wahai sahabat yang saya kasihi,

Dikala saya mendengar berita tentang lunturnya semangat dikau tatkala menempuh arus dunia ini,disitu jugalah terdetik hati ini untuk melontarkan kata kata semangat yang membara sepanas panasnye.ohoi..

Ya saya mengerti bahawa perasaan putus asa itu wujud disegelinap sudut di hati kita,tetapi percayalah bahawa bukan itu yang hendak kita fikirkan.Bukan itu yang hendak kita titikberatkan.Bukan itu yang kita mahu.Bukan itu wahai sahabatku.Bagaimana kita mahu letakkan perasaan putus asa kita,sedangkan usaha kita pon tidak seberapa?Bagaimana terlintas untuk kita berputus asa sedangkan kita tidak berusaha walau sedikit pon?Bukankah putus asa itu hanya untuk orang yang sehabis baik berusaha lantas dia berputus asa?


"Ahhh Mat kau bukan tahu apa,aku dah berusaha habis baik kot.Aku dah cuba paham kot subjek tuh even aku  tak pergi kelas tapi aku study sendiri okay!"

"arghhhh kenapa tuhan sangat tidak adil,kenapa dia tak kurniakan aku kepahaman yang tinggi.Kenapa kenapa kenapa?(menjerit di tepi gaung sendirian)"

"Aku dah cuba semua cara dah Samad,asal aku cuba je banyak je halangan dan rintangan.Itu yang ak rasa tuhan sangat kejam kat aku.Kenapa kat orang lain semuanya okay je.haiiisssshhh"

"Said,aku bukan apa wei,aku rasa tuhan dah tentukan aku fail dan tak payah belajar nie,so aku kena la ikut perancangan Allah.Kan dia sebaik baik perancang?tak gituh?kenyit mata"

"Dan di antara mereka ada sebahagian yang berkata,'Kami beriman kepada Allah,' tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah,dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu,nescaya mereka akan berkata,'Sesungguhnya kami bersama kamu,'Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"
                                    #Al-Ankabut:10#

Pernah dengar dialog dialog sebegini dengan sahabat anda?Klische bukan dialog begini?

haaaaa...

Saya tahu anda pasti terasa seperti ingin terjun gaung bukan dek kerana gagal subjek Bahasa Malaysia, tetapi percayalah bukan itu yang kita mahu.Tidakkan Allah menguji semua hamba hambanya walaupon dimana kita berada?

"Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)kekurangan dari harta dan jiwa serta hasi tanaman.Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar;iaitu orang yang apabila ditimpa oleh kesusahan,mereka berkata 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali' "
                                          #Al-Baqarah :155 & 156#

Allah pasti akan menguji kita tidak kira tua,muda,miskin atau kaya.Cuma yang membezakan adalah ujian itu sendiri.Ujian dari segi harta,kepahaman,kepayahan,senang ataupon lain lain yang kita tidak sangka sangkakan.Itulah petanda Allah itu maha Adil.Dan ingatlah janji Allah itu sangat pasti,iaitu ganjaran disebalik musibah tersebut.Ya saya tahu saya tidak melalui ujian yang anda lalui,tetapi percayalah bahawa Allah hanya menimpakan ujian tersebut buat hamba hambanya mengikut kemampuan kita.Apa lagi mahu kita omelkan?Apa lagi mahu kita runsingkan?Bukankah itu adalah kemampuan kita untuk menghadapinya?

Wahai sahabat sahabatku,

Selepas turunnya ribut hujan pasti akan keluarnya pelangi selepas itu.Wahhh ayat klische lagi.

ahhh.
biarlah, asalkan anda paham bukan?
heeee
senyum.

Ya selepas musibah akan datangnya rahmat Allah.Akan turunnya pertolongan Allah malah pertolongan pertolongan itu sangatlah tidak kita sangka sangkakan.Jika tidak didunia maka akhiratlah destinasinya.Tetapi sebelum menghadapi musibah ataupon ujian itu,hendaklah kita berbekalkan satu kunci.Ya Kunci buat semua ujian itu.Kunci ini tidaklah senang untuk didapati tetapi sekiranya keyakinan kita terhadap Allah itu cukup utuh dan teguh,pasti kunci itu akan muncul ala ala dalam cerita anime gituh.hehe

Kunci kesabaranlah yang saya maksudkan itu.Sabar itu cantik dan itu adalah ungkapan Allah di dalam kalamNya.Kenapa cantik?kerana disitulah terletaknya keperibadian kita.Bagaimana sikap kebergantungan kita terhadap Allah itu yang Dia mahu lihat.Bagaimana kita mengharapkan pertolonganNya mengalahkan pertolongan manusia lah yang Dia ingin nilainya.Itulah rahsia untuk mendapat kunci itu.


Pernah mendengar kisah nabi nabi Ulul Azmi yang dimana mencatatkan lima orang nabi yang dimana Allah menguji mereka jauh lebih dasat dari pemikiran kita.Kisah dimana Nabi Muhammad di uji sehingga di ancam dibunuh oleh kaum Quraisy.Kisah Nabi Musa dikecam dan diburu oleh Firaun laknatullah alaih.Kisah Nabi Nuh yang dimana beliau berdakwah selama 950 tahun lamanya hanya semata mata untuk mengajak kaumnya mengabdikan diri kepada Allah.Dan kisah kisah nabi lain yang saya pasti sekiranya anda menghayatinya anda akan merasakan betapa kecilnya ujian yang anda terima.Betapa manjanya kita sehingga ujian sekecil sedemikian sudah kita putuskan untuk Give Up.
Alahai.

Wahai sahabat sahabatku,

Sekiranya kita meletakkan diri kita ditempat Nabi Muhammad,saya yakin dan sanggup mengerat jari saya mengatakan bahawa islam itu tidak akan sampai ke seluruh pelusuk dunia.Kita tidak akan kenal islam malah kita akan hidup didalam kejahilan yang sangat melampau dek kerana islam itu telah terkubur.Sangatlah besar ujian nabi Muhammad dalam memastikan islam itu tersebar jauh sehingga sanggup menggadaikan nyawa berhempas pulas berperang sana sini dek kerana ingin menegakkan islam tetapi kita?
Aduhai...

mata masuk habuk.

Betapa saya sedih melihat bukan sahaja sahabat sahabat saya yang luntur semangatnya malah diri saya juga yang hina ini juga,kerana betapa mengambil mudahnya perjuangan Nabi Muhammad. Allahu.

Nanges besar!



Saya tahu dah saya paham sesetengah mereka sudah tepu dengan pelajaran dan malah terpaksa tetapi janganlah membuat kesimpulan sedemikian terlebih dahulu.Sekiranya saya memberi anda peluang untuk berjihad,berperang di Palestine di sana, sudah cukup sediakah anda?Sanggupkah anda meninggalkan kesenangan yang selama ini anda miliki?Sudah sanggupkah anda meninggalkan keluarga, sahabat handal semua semata mata untuk pergi berperang di jalan Allah?Sudah sediakah?Malang sekali rata rata kita hanya bersedia berperang didalam mimpi sahaja.Ya mimpi ketika didalam kelas kerana itulah waktu paling terbaik dan optimum untuk tidur.Dok Gituh?

"Ya,Aku sudah sedia berperang didalam kelas a.k.a dalam mimpiku didalam kelas!"

Itulah kita.Itulah kita.Itulah kita.Terlalu selesa dengan kesenangan sehinggakan ujian berjihad untuk menuntut ilmu yang saya kira semuanya sudah disediakan itu pon sudah kita terkulai layu,lembik dek kerana suapan keselesaan kita selama ini.Mana pergi janji kita dengan Ibu Bapa kita untuk berjaya KeranaNya?Mana pergi semangat kita ketika kecil dahulu pabila ditanya cita cita,kita lantas dengan angkuh dan semangatnya menjawab Doktor,Engineer,Polis,Chef two,Perdana Menteri(ade ke cita cita nie?eh),Pilot dan pakar sakit Puan.Ehh

wahai sahbat sahabatku,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
                                 #Al-Baqarah:216#

Kita selalu berbaik sangka dengan jalan keluar kita kerana pasti ada yang ingin membantu pabila kita memilih jalan untuk berhenti,tetapi kita tidak tahu bahawa di atas perancangan kita,Allah telah merancang terlebih dahulu untuk kita.Apa yang terbaik untuk kita bukanlah semestinya manis di fikiran kita.Tidakkah ubat itu pahit tetapi kesannya terbaik?Begitulah kita pabila dikekusutan dek kerana masalah kecil,sudah kita dengan lafaz yang mudah dan dengan tenang hati menjerit "I QUIT".Mudah.Ringkas.Padat.Asalkan masalah itu sudah tidak bermain di kotak fikiran kita.

Mudahnya kita berfikir bukan..?

Jikalau diikutkan hati yang sudah punah dek kerana kata kata anda itu,sudah saya hamparkan ayat ayat Allah untuk anda fikirkan tetapi anda tidak mahu menerimanya.Anda merasakan Berputus Asa itulah adalah satu pilihan akan tetapi itu bukan pilihan tapi itu satu penyesalan yang akan anda kesal sehingga akhir hayat anda.Ketahuilah wahai sahabat sahabatku,itu bukan OPTION (baca:pilihan) tapi itu adalah jalan mati.Jalan mati yang sudah tiada kesinambunganya.Andai tersilap langkah peritlah hidup anda.

Wahai sahabat sahabatku,


Disaat dimana pertolongan pertolongan saya ataupon manusia itu sudah dipenghujungnya,maka rujuklah yang Maha Pencipta.Mohonlah pertolonganNya.Carilah Dia ketika senang dan susah.Bukan hanya disaat ditepi gaung baru memohon pertolonganNya.Itulah dikatakan hamba yang tidak bersyukur.Mahukan kita sedemikan rupanya?

mengalir air mata secara perlahan.

Disaat hati ini letih,berdoalah kepadaNya.

Disaat kudrat ini sudah terkulai,berdoalah kepadaNya.

Disaat mata ini sudah tiada lagi air mata mengalir kerana keresahan dan kesediahan,berdoalah kepadaNYa.

Disaat tangon itu sudah lemah longlai mengenggam,berdoalah kepadaNYa.

Disaat tubuh di terbujur kaku di katil ini,berdoalah kepadaNYa.

Disaat mulut ini kering dek keletihan bersuara,berdoalah didalam hati kepadaNYa.

Disaat muka ini hilang serinya,pucat lesu,berdoalah pinta kepadaNya.

Dan disini saya akan terus menerus mendoakan sahabat sahabatku walau dimana berada dan seberat mana ujian yang dikau alami.Tangan ini akan terus dan terus menadah memohon pertolongan buatmu.Dan hati ini tidak akan sesekali penat untuk meminta kepadaNya.Dan mulut ini tidak akan pernah penat dan letih memberikan kata-kata dorongan dan nasihat agar dikau terus teguh dan bangkit melangkah kepadaNYa.

Jangalah engkau berputus asa bila saat sahabat sahabat mu ini tidah pernah mengenal erti letih untuk membimbingmu.Dan janganlah engkau sesekali terlintas untuk berputus asa kerana Tuhanmu,Allah tidak pernah berputus asa kepadamu.Dan janganlah engkau diam kaku tanpa sebarang usaha,kerana engkau diciptakan adalah sebaik baik manusia dan diwujudkan untuk menjadi umat yang terbaik bukan umat yang kaku,lesu,lembik dah manja tanpa berusaha.

Ayuh bangkitlah wahai semua sahabat sahabatku agar kita terus melangkah bukan untuk menuju kejayaan sahaja tetapi menuju KeredhaanNYa secara mutlaknya.Kerana tiada alasan untuk kita berputus asa apabila Allah itu adakah tujuan kita kerana dia tidak pernah mati,hilang atau lenyap.Sematkan semangat keranaNYa dan memperbaiki niat ini agar tulus keranaNya.

Ya Allah...
Hanya pada-Mu kuhadapkan diri ini,
Untuk memohon keampunan,
Untuk mencari segenggam rahmat,
Untuk memanduku menuju iman.

Ya Allah...
KeampunanMu amat kudambakan,
Bukan aku tidak redha dengan ujian yang menimpa,
Cuma padaMu tempat aku mengadu.

Sesungguhnya...
ENGKAUlah yang Maha Mengetahui...



Yang benar dan ikhlas lagi tulus mulus.(Ewah)
Encik Levis


Nota:Surat ini sangatlah khas ditujukan bagi anda yang semangatnya luntur dek kerana ujian yang dihadapi itu terasa berat.Ingatlah Allah sentiasa bersama sama hambanya yang sentiasa ingat kepadaNya.