Bedtime Stories : Sebatang Pokok Kurma!

Meh Tok Nek dodoikan kamu dengan sebuah kisah...

Ini bukan kisah mengenai Pokok Kurma yang menangis ketika Rasulullah memberikan khutbah beginda di atas mimbar itu. Dimana kisah menunjukkan Rasulullah yang biasanya bersandar di pokok tersebut sebelumnya untuk memberi khutbah,kini,yakni sudah didirikan satu mimbar khas buat baginda untuk menyampaikan khutbah.

Ini bukan kisah kurma pujaan hati anda iaitu kurma Yusuf Taiyob yang sentiasa didengari dicorong-corong radio ataupon yang sering popular ketika hampir bermulanya Ramadhan Al Karim itu. 

Ini juga bukan kisah tentang bagaimana untuk menjadi peniaga kurma ala ala Pak Arab itu ataupon rahsia disebalik menjadi peniaga kurma yang berjaya gituh.

Ini bukan jugak kisah yang sering anda dengari tentang kurma. Biarpon mengenai rahsia disebalik makan kurma mahupon khasiat ataupon sunnah Rasulullah.

Bukan. Bukan. Dan bukan juga.

Tetapi ini adalah kisah seorang sahabat, Abu Dahdah dengan sebatang Pokok Kurma.

Pernah dengar?

Belum bukan.

Moh saya ceritakan kepada anda.
Senyum..

Tetapi sebelum itu,ada syaratnya.

Pergi sediakan Popcorn perisa karamel dan Air bergas yang bukan jenama boikot.
Gituh. Barulah sedap mendengar dan sekaligus boleh bermimpi menjadi Abu Dahdah terus.

Sengih sampai nampak gigi.

Betulkan kerusi.
Ehem ehem.
sound check.

Ewahhh..

Tamar lebih sedap kalau dimakan dengan susu.Masyukk ohoi..


Pada zaman dahulu ada seorang anak yatim yang memiliki sebuah kebun. Lalu, pada suatu hari anak yatim tersebut ingin membina tembok di sekeliling kebunnya.

Namun malangnya, tembok itu tidak dapat didirikan kerana terhalang oleh sepohon tamar milik tuan kebun sebelahnya. Lalu, pergilah si anak yatim ini berjumpa jiran kebunnya dan berkata,

"Wahai tuan, bolehkah kau memberi sebatang pohon tamar itu padaku agar aku boleh membina tembok di sekeliling kebunku secara tegak."

Dengan sombongnya, pemilik kebun itu menjawab "Tidak."

Lalu si yatim ini merayu lagi, "Wahai tuan, aku ingin membina tembok, tolonglah berikan sebatang pohon tamar itu padaku agar hajat aku terlaksana."

Tukang kebun itu berkata, "Tidak! aku katakan tidak!"


Lalu berjumpalah si yatim ini dengan Rasulullah dan mengadu pada baginda. Rasulullah pun berjumpa dengan si pemilik kebun. 

"Wahai saudara, bolehkah diberikan sebatang pohon tamar itu kepada anak ini?" Tanya Rasulullah.

Lalu pemilik kebun itu naik berang. Dirasakan anak yatim itu mengadu domba kepada Rasulullah.


"TIDAK!" jawab si pemilik kebun itu. Keras.

Rasulullah pun mengulangi pertanyaannya, "Bagaimana jika engkau memberikan sebatang pohon tamar itu pada si yatim ini dan Allah memberimu sebatang pohon tamar dalam syurga di mana jika engkau mengenderai kuda di bawahnya selama 100 tahun, engkau masih akan tetap berada di bawah redupnya?"

Woah..

Siapa yang tidak mahu Pokok Tamar disyorga bukan.

Tetapi persoalannya. Bagaimana sekiranya pekebun itu ke neraka manakala pohon Tamar tersebut di syorga? Tidakkah bertambah kekeliruan disitu.

Errrr..
Garu kepala yang banyak kutu. 
Oppss.

Itulah trick Rasulullah. Mana mungkin Nabi Muhammad menawarkan pohon itu hanya disyorga sedangkan tiada tuannya. Sudah semestinya dan lagi tepatnya bahawa Rasulullah juga menawarkan pekebun itu syorga bersama pohon tersebut.

Tepuk dahi.

Pada waktu itu, ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dahdah mendengar tawaran Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Rasulullah! Jika aku membeli pohon tamar itu dan memberikannya pada anak yatim ini, adakah aku akan mendapat tawaran yang sama?"

Rasulullah menjawab, "Ya."

Abu Dahdah yang memiliki kebun kurma tersohor dan terdapat sebuah rumah serta mata air di kebunnya seraya berkata kepada si pemilik kebun yang sombong, "Apakah engkau mengetahui tentang kebunku?"

Lalu pemilik kebun itu berkata, "Siapakah penduduk madinah yang tidak mengenali kebunmu wahai Abu Dahdah?"

"Mahukah engkau jika aku tukarkan kebunku itu dengan sebatang pohon tamar ini?"

Tercengang si pemilik kebun yang sombong itu. Biaq betoi Abu Dahdah ni. Hish betoi ka? sebatang pohon tamar dengan sebuah kebun yang mewah?

Tapi akhirnya si pemilik kebun itu pun bersetuju. Lalu Abu Dahdah pun berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah! Sudah adakah pohon tamar di syurga buatku?"

Lalu Rasulullah menjawab " Tidak"

Setelah mendengar kata kata Rasulullah tersebut,maka Abu Dahdah menjadi kaget. Konfius. Tergamam sebentar.

Bior betul Rasulullah nie,Abu Dahdah dah dermakan keseluruh kebun Tamarnya kot. Takkan la tiada satu pohon Tamar pon untuknya disyorga. Paling koman pon setandan buah Tamar pon jadilah. Tidak pon sebijik buah Tamar pon sudah disyukuri sangat sangat.

Ini sungguh luar biasa. Siapa yang mendengar jawapan itu pon pasti naik berangnya malah boleh menjadi Hulk (baca: Raksasa Hijau didalam movie) dengan semertanya dek kerana ketidakpercayanya pada kata kata tersebut.

Sabor wahai pembaca.
Apa kata anda pergi ambil wuduk dahulu dan beristighfar banyak banyak.
Emosi benor.
Wahahaha

Rasulullah berkata, "Tidak! malah Allah menyediakan kebun-kebun tamar buatmu. Tak terhitung banyaknya."

Rasulullah mengulang-ulang kata-katanya sehingga Abu Dahdah berlalu pergi.


Tengok! Dan disuruhnya sabor. Kan dah malu sendiri. Hoho.

Lari laju laju sambil tutup muka.


Setibanya di rumahnya di kebun mewah miliknya, dia memanggil isteri dan anak-anaknya keluar, "Wahai isteriku, ini bukan lagi milik kita. Aku telah pun menjualnya."

Isterinya bertanya, "Dengan harga apakah engkau menjualnya wahai suamiku?"

"Dengan kebun tamar di syurga yang mana jika engkau mengenderai kuda selama 100 tahun di bawahnya tetap engkau berada di bawah lindungannya."

Apa jawab isteri Abu Dahdah? Adakah dia marah dan berkata, "Hang ni biaq betoi?"

Tak. Malah isterinya menjawab, "Allah Maha Besar! sungguh berbaloi penukaranmu itu!"



Wahhh epik bukan cerita ni. Kan saya sudah bilang,simpannya Popcorn itu sampai ceritanya dihabis-iinn. Ini tidak, kok diterus terusi makan tanpa henti. Waduhhh..
Eh kenapa saya berbicara didalam bahasa indonesia ini.
hahaha

Osem bukan sahabat nabi ini. Mana mungkin sekiranya anda mempunyai kebun buah yang sungguh besar jika hendak di sistem barter dengan sebatang pokok buah yang lain. Sudah semestinya dipikirkan seratus kali malah lebih dahsyatnya lagi terus berlalu tanpa berkata apa apa kerna anda menyangkakan pertukaran itu tidak masuk akal bukan.

Tetapi itulah kekuatan para sahabat,dimana keimanan mereka itu tidak sama sekali mampu dibeli dengan harta dunia. Keimanan dan keyakinan mereka tidak mudah digoyah dan digugah walaupon dengan pelbagai tawaran melainkan tawaran Syorga nun disana.

Menitik air mata.
lap perlahan-lahan.

"Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui"
                                        #Al-Imran : 92#

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya kejalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan."
                                   #Al-Baqarah : 145#

Pinjaman yang menguntungkan adalah pinjaman dengan Allah. Tidakkah kita mahukan pinjaman dimana kelak iaitu diakhirat pinjaman itu dilipatkaligandakan. Itu adalah pasti. Janji Allah terhadap hambanya yang menyakiniNya malah menguntungkan kita dan tidak pulak merugikan Allah.

Tergamam. Kaku membeku.

Keyword (baca: kata kunci) didalam kata kata Allah tersebut adalah harta yang kita cintai. Bukan harta yang kita rasa sudah tidak diperlukan ataupon harta yang tidak elok dan terpakai lantas tanpa segan silu mendermakan kepada anak-anak yatim,ataupon wang kertas yang sudah koyak rabak,diconteng atau lebih sedihnya wang kertas yang sudah di tampalkan dengan salotape, dimasukkan 
ke dalam tabung -tabung masjid.

Terasa hati dipanah.

Pilu. Kesian. Sedih pon ada jugak.

Ya,saya tahu itu jugak bermakna sedekah ataupon etlis ada juga disumbangkan,tetapi pokok pangkalnya tidakkah kita mahukan kebajikan yang sempurna? Kebaikkan yang dilipatgandakan? tidak mahukah kita?

Ketahuilah bahawa sedekah dan infak yang kita lakukan merupakan saham kita yang utama diakhirat kelak. Saham yang mampu menyelamatkan kita dari Api Neraka yang kesukaannya adalah jasad jasad kita.
Dan tidak pernah ada saham yang lebih menguntungkan dari saham yang dibawa ke akhirat jika hendak dibandingkan dengan saham-saham syarikat besar ala ala dalam cerita melayu gituh.Eh

Saya jugak yakin,bahawa rata rata selepas ini,anda pasti ingin mimpikan menjadi seperti Abu Dahdah yang osem serta kool ini bukan.


Perut sudah kenyang,so memang sesuailah masa untuk bermimpi bukan?
ohoii..

Dan biar disematkan didalam hati kita,supaya sentiasa bermurah hati dan sentiasa menambahkan saham akhirat kita dengan bersedekah walaupon semiskin mana pon kita. Peganglah dengan janji Allah.

Yakin dan Percaya adalah kunci segala-galanya.

Ayuhh menambah saham.

Encik Levis

P/s : jazakallahu khoiran kathira saya ucapkan kepada seorang akhi yang sudi berkongsi cerita ini kepada saya. Saya kira, ibrah yang dapat ambil dari kisah ini sangat mengujakan saya malah saya jugak turut ingin menjadi seperti Abu Dahdah yang osem gituh. Mudah-mudahan.

Dan saya jugak ingin menyeru agar kita sama-sama bertatih dengan amalan bersedekah tertutama didalam bulan ramadhan yang bakal menjelma ini,kerana kebaikkan didalam bulan ramadhan hanya Allah sahaja yang tahu.

Mata bersinar-sinar dek ketrujaan ganjaran didalam bulan ramadhan.



No comments:

Post a Comment