Kerana Terpaksa Aku Begini..

muka terpaksa. Sama tak macam muka yang anda selalu rasa?ehh..
Pernah anda dipaksa di awal pagi untuk mandi air yang sangat sejuk sehinggakan anda berdiri kaku di dalam bilik air hampir sejam lamanya kerana anda bebal untuk mandi atau marah akan ibu atau ayah anda kerana menyuruh anda mandi seawal begini sedangkan bantal yang empuk sedang memanggil anda?

Pernah anda dipaksa oleh cikgu anda untuk menyiapkan kerja sekolah ataupon ke kelas tambahan pada petangnya sebagai kelas persediaan untuk menghadapi UPSR yang bakal tiba padahal jauh di dalam akal fikiran dan hati anda, petang itu sudah pon terisi dengan agenda anda sendiri?

Pernahkah anda terasa terpaksa untuk menghadiri bulatan gembira (baca:usrah) yang diadakan setiap hujung minggu di taman yang dimana pokok-pokok menghijau dan arnab dan kucing berkeliaran keriangan,eh,  sedangkan hujung minggu itu anda sudah set-kan untuk berjimba bersama rakan-rakan anda?

Dan pernahkah anda terasa terpaksa apabila si Naqib mengajak anda berdaurah ataupon berjaulah pada minggu hadapan di mana tempat dan lokasi semua dititikberatkan hanya untuk anda tetapi pada hari berikutnya anda merasakan bahawa hari itu adalah hari yang terbaik dan masa yang paling optimum untuk luangkan masa bersama keluarga yang tercinta sambil makan aiskrim vanila dan popcorn berperisa karamel sambil menonton telebisen 42 inci tersebut?

Ya,saya akui bahawa semua itu adalah lumrah bagi seorang yang bergelar manusia di muka bumi ini,malah saya jugak sebegitu pada mulanya. Mencari alasan untuk tidak hadir pada perancangan Naqib saya serta kadang kala merasakan bahawa semua itu adalah membuang masa,tetapi itu adalah dulu. Dan saya yang sekarang tidak seperti saya yang dahulu. Ewahh.

ehem ehem.
 
Setiap orang ada keterpaksaan yang terpaksa dia lalui samada secara paksa rela ataupon paksa lelah.Eh. Pada mulanya dia terpaksa dan lama kelamaannya menjadi rela kerana itu sudah menjadi sebahagian daripada rutinnya. Akan tetapi lain pula sekiranya berbicara tentang bulatan gembira kerana ia sentiasa menjadi terpaksa dan pada akhirnya menjadi lelah dan semput bukan? Sudahlah, akui sahaja pada saya,kan senang.wahahaha

Tanpa kita sedari,semua paksaan ataupon kerahan yang telah kita lalui sebentar tadi ataupon sebelumnya,adalah salah satu jalan yang terbaik untuk kita. PAda paksaan cikgu itu terdapat kecermelangan pada peperiksaan yang akan datang. Pada arahan Naqib kita itu terkandung kasih dan sayang beliau untuk kita agar kita tidak lalai dan sentiasa mengabdikan diri padaNya.Pada jaulah dan daurah yang kita rasa adalah perkara sia-sia itu terselit sedikit ilmu dan jalinan ukhuwah yang dapat membantu kita dikala kita susah ataupon senang.

"Tapi tapi kan Encik Levis,yang tang mandi awal plak itu camner pulak?haaaa.jawab jawab!!.."

Owh yang mandi awal itu? Itu hanya kerana suruhan semata-mata,tiada niat ataupon objektif yang terselindung.Yela,berdosa bukan lawan cakap mak dan ayah kita bukan?huahaha.Bukan. Mungkin pada mandi awal itu terdapat hikmah pada masa tua kita.Iyalah,mandi selepas subuh itu boleh menjadikan satu habit yang baik kerana kelak tua nanti tidaklah kita sebongkok dan serapuh seperti biskut makmur. 

Pandang kiri dan kanan.

Pernah dengar kisah bahawa Nabi Muhammad juga turut dipaksa? Betul. Nabi kita sendiri juga pernah dipaksa oleh mailkat Jibril ketika baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira'. Baginda dipaksa dengan nada yang keras untuk membaca. Berkali-kali dipaksa membaca sedangkan baginda sendiri tidak pandai membaca. Baginda pulang ke rumah dalam keadaan yang menggelentar seluruh tubuh badannya lantas menyuruh Siti Khadijah untuk menyelimutkan baginda. 

Haaa! Kalau anda dipaksa sebegitu rupa yang anda sendiri tidak tahu,apakah yang akan anda lakukan? Jika saya,saya akan menempis dengan kemarahan kerana sememangnya saya tidak tahu dan bagaimana hendak saya lakukan bukan? Ah,karut saja kalau begitu. Ok ini over. huahuahuahua.

Dan kerana terpaksa itulah menjadi Nabi Muhammad segigih dan setabah tabahnya demi menyebarkan islam keseluruh pelusuk dunia sehinggakan pada dahulu kalanya, islam sendiri sudah berjaya menawan dua per tiga dunia. Wahhh ini sungguh osemmm. Dan kerana terpaksa yang baginda alamilah dapat kita sekarang merasai nikmat islam itu sendiri. Darah yang mengalir didalam badan kita sekarang adalah darah islam,darah yang suci dek kerana paksaan yang baginda sendiri hadapi sehinggakan membuatkan kita adalah umat yang teristimewa.

Air mata perlahan mengalir.

Apa lagi alasan kita untuk tidak paksakan diri untuk sesuatu kebaikkan?
Apa lagi hendak kita elakkan lagi,sedangkan kerana paksaan itu jugaklah adalah salah satu cara yang terbaik yang mungkin kita tidak sedari.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
    #Al-Baqarah:216#

 
Ayat ini memang sangat kliche tetapi hikmah dan ibrahnya sangatlah besar sekiranya kita faham dan mendalaminya. Tipulah sekiranya saya tidak merasa terpaksa dalam sesuatu secara dasarnya tetapi secara batinnya,saya merasakn itu semua adalah perancangan Allah untuk saya,dan salah satu cara Allah ingin membimbing saya samada secara yang saya suka ataupon sebaliknya.

Dan selepas ini, andai kata ada paksaan ataupon suruhan daripada Si Naqib ataupon ibu bapa kita mahupon cikgu kita ,lakukan kerana Allah,kerana Terpaksalah Akhirnya kita akan menjadi seperti Nabi Muhammad.

Kerana Terpaksa, Aku Begini...

Begini yang dipandang mulia oleh Allah.
Begini yang menjadi contoh dan teladan pada manusia sekalian.
Begini yang dahulunya terbabas kini kembali ke jalanNya.
Begini dan begini dan sebegini..

Encik Levis.



Nota Kecil: Maaf kerana setelah sekian lama tidak meng-update blog ini yang sudah bersawang dan berhabuk bagai la.haha. Susah juga ingin terus menerus dan istiqamah dalam menulis sebenarnya,dan saya pohon doa anda semua agar doakan saya istiqamah dalam menulis keranaNYa. 

Entry kali ini agak pendek kerana kecetekan idea dan saya sendiri dalam minggu Exam,so agak kelam kelinbut sedikit jadual waktu saya sehinggakan tidak sempat untuk mengjenguk blog ini. 

Dan in Shaa Allah hujung minggu ini,akan pulangnya saya menghadap keluarga tercinta.Doakan saya selamat sampai dan ye saya tahu,saya jugak akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anda pembaca sekalian di dunia ataupon diakhirat.

Dan in Shaa Allah bermula hujung minggu hadapan,akan bergeraklah saya kerdaurah dan jaulah yang mebuatkan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan ikhwah ikhwah yang dicintai keranaNya. Bagi ikhwah yang tidak dapat menghadirkan diri pada jaulah tersebut kerana ada urusan yang hendak diselesaikan,tidak mengapa,jangan bersedih jangan berduka kerana kita pasti akan ketemu apabila tiba masanya.

peace yo:)

 


 





 

No comments:

Post a Comment