Apa itu LoL?

no caption! hehe
Ini bukan League of Legends yang anda fikirkan ataupon yang menjadi kegilaan remaja remaja sekarang sampai tahap makan tidur mandi semua tentang LoL ataupon lagi teruk bersembang pon tentang LoL. ish ish ish.muka kesal.

Ini bukan Levis oh Levis seperti apa yang anda bayangkan dek kerana saya,Encik Levis yang menulis tajuk yang hangat seperti popcorn wayang gituh.Eh

Ini bukan juga Leha oh Leha yang menjadi pujaan lelaki yang tampan serta tubuh badan yang sasa sehingga besi pon boleh dipatahkan demi menunjukkan betapa sasa dan kuat nya jejaka zaman moden sekarang.Eh terasa la pulak.Ok main main je.hehe

Ini jugak bukanlah Ling ohhh Ling (baca:darling ohhh darling),ok muntah sekejap. Samaran yang dipanggil oleh pakwe anda dek kerana cintakan anda sehingga lautan api sanggup direnangi demi membuktikan ketulusan cinta dia pada wanita yang bakal melengkapkan hidupnya bak kata orang muda yang nak nampak islamic,tulang rusuk gituh..OK pistol dikepala kerana geli geliman...uuwekkk...

Sebelum anda yang sedang asyik dibuai dibuaian oleh adik anda dirumah sambil membaca belog tercinta ini,Eh. Ataupon anda yang hanya sekadar kebosanan lantas membuka eh bukan mem tapi terbuka dek kebosanan tahap gaban ataupon anda yang sememangnya dari dulu hingga kini meminati Encik Levis ini kerana keunggulannya dalam menulis.(Ok yang nie poyo).membuat sebarang kesimpulan,izinkan saya menerangkan terlebih dahulu.

lari laju laju macam nobita.

Anda dan anda sekalian,saya memohon agar tidak dijadikan kontroversi atas apa apa yang saya beritahu sebentar tadi. Ini semuanya hanya karya yang dengan niat yang suci dalam debu,Eh untuk membuka minda anda yang sempit itu ataupon yang kabur itu demi menjelaskan ape itu LoL.Janganlah anda membuat spekulasi terlebih dahulu tanpa membaca belog saya sehingga tamat dengan perasaan yang membara itu.Izinkan saya yang sememangnya marhaen ini menerangkan serta membidas hujah anda anda dan anda diluar sana.Ewah macam pembahas pon ada nie.Ok lame erk.

maafkan saya kerana terlebih syok sendiri dek terlalu gembira tahap cipanzi untuk menulis entry kali ini.

Baiklah.
Tarik nafas.
Perbetulkan kerusi.
Hembus.

Lol LoL LoL...hahaha
Bismillah.

Sekiranya anda mempunyai masa yang lebih atau pon omputih panggil Free Time boleh la sekali sekala menjenguk Encik Wiki kerana kini sudah dimasukkan didalam wikipedia ape itu LoL sebenarnya.Famous bukan perkataan ini sehingga wujudnya karakter ataupon maksud LoL itu sendiri di dalam wiki.Saya yakin dua ratus peratus bahawa semua rata ratanya sudah tahu maksud yang ingin saya katakan ini. Malah mungkin lebih pro menggunakannya berbanding saya yang noob (baca:tidak tahu) ini.

LoL bermaksud Laugh Out Loud.Itu yang ditulis dalam omputih tetapi sekiranya ditafsir secara tepat yang berkala,LoL itu sendiri bermaksud ketawa terbahak bahak yang kuat. Bukan ketawa kaum hawa yang menjaga aurat suaranya,bukan ketawa kaum adam yang seperti diwarung tepi jalan,bukan juga ketawa yang mengilai seperti pontianak harum sundai malam akan tetapi adalah ketawa yang biasa,kool,nampak bergaya dan berkarisma dan kuatnya sedap angin angin ditepi pantai gituh.ohooiii.

Sekiranya anda ketawa seperti itu,wahh sudah semestinya saya tabik Spring terhadap anda. Idol saya gituh.hahahaha senyum keji.

Ok.saya hanya bergurau sahaja kerana itu bukanlah niat saya dalam memuja sekiranya anda sedemikian.Saya yakin bahawa rata rata jugak sudah semestinya menggunakan LoL itu sebagai trend,hanya untuk mengikut trend sekarang tetapi tidak pulak ketawa terbahak bahak sehingga guling guling sampai jatuh gaung.Oppps.Saya pada pertama kalinya jugak berasa sedikit hairan dan agak menggaru kepala kerana setiap mesej yang di whatapps pasti perkataan LoL itu dikeluarkan walaupon saya sudah seserius Umar Al-Khatab lagi.Eh.

Hampir botak kepala saya dibuatnya kerana penggunaan perkataan itu yang sudah semestinya selamba badak saja dituturkan tanpa mengikut keadaan.Mari kita ketahui kenapa ketawa itu tidak bagus untuk kita sebenarnya.

Muka serius!

Pernah dengar Laugh is the best medicine?Pernah dengar ketawa mampu membuatkan emosi jadi stabil?Pernah dengar bahawa ketawa yang banyak mampu membenakkan hati?ok yang last ni sentap.hehe.Malah nabi juga menegur golongan golongan yang ketawa bagai nak rak nie.



jom senyum sokmo macam kucing nie..cheeseeeee!!!

''Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini''

Nak lagi?
Ternganga mulut?

       "Tidaklah tertawa Rasulullah s.a.w melainkan hanya tersenyum"
                      (Hadis At-Tirmidzi bertaraf sahih)

   "Sabda Babda Baginda:Banyak tertawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada    mengingati akhirat...."

Haaa!Nak ketawa terguling guling lagi ke selepas ni?

"Tapi tapi tapi Encik Levis,takkan tak bolehh gelak langsung,islam bukan agama yang strict (baca:tegas)..ha jawab jawab jawab la"

Amboi,provoke ke ape nie.hehe. Baiklah hadek hadek ataupon akak akak or abang abang,islam memang bukan agama yang tegas tapi tegurannya tegas agar terpelihara islam itu sendiri.Supaya islam menjadi qudwah (baca:contoh) yang terbaik bagi sekalian manusia.Pernah tahu bagaimana nabi ketawa?

    "Aku tidak pernah melihat orang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah"
                                  (Hadis At-Tirmidzi bertaraf sahih)

Dah nampak dah sekarang cara rasulullah ketawa?Rasulullah banyak tersenyum berbanding ketawa.Ya saya tahu susah untuk menahan ketawa yang terutamanya pabila kawan anda bergurau mengalahkan raja lawak, akan tetapi ketawalah dengan bersederhana seperti yang di ajar oleh islam.Ketawalah dengan sopan,kool dan ala ala seperti lelaki soleh yang terakhir di muka bumi ini.Gituh..Ewah..

     "Tidak pernah saya lihat Rasulullah tertawa terbahak bahak sehingga kelihatan batas       kerongkongnya.Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan senyum"
                                         (Hadis Riwayat Bukhari)

Haaa..Kalau ketawa tidak boleh,jomlah kita senyum banyak banyak kerana sudah termaktub di dalam hadis di atas bahawa senyum adalah amalan nabi.So secara automatiknya ia adalah sunnah yang paling senang dan mudah untuk kita ikuti.Tidak perlulah membeli jubah pakai serban semata mata mahukan sunnah padahal sunnah yang simple lagi molek ini kita lupakan.
          "Tersenyum ketika bertemu saudara adalah termasuk ibadah"
                (Hadis Riwayat At-Tirmidzi,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Nampak kan,bahawa senyum juga adalah ibadah.Ibadah seperti ibadah solat yang kita lakukan saban hari itu.Malah dengan tersenyum pasti meredakan kemarahan orang lain yang sedang sarat di kawal oleh Sayatan itu.Malah senyum juga antara petua awek muda.Kalau tak percaya senyum la tiap tiap masa.Tapi sekiranya ada orang mengatakan anda gila ataupon sewel jangan salahkan saya kerana tersenyum seorang diri.wahhahah(senyum sopan)..

So marilah kita sama sama mengubah dari Laugh out Lout menjadi Lot of Smile (LoS).Barulah nampak menarik.Sahaja Yahudi ataupon Freemason atau Iluminati mahu kita diterapkan dengan budaya mereka.Padahal senyum itu lebih malah berjuta lebih baik dari ketawa yang terbahak bahak.Akhir kata,marilah kita memboikot LoL,tidak kiralah LoL Leagues Of Legend ke,Leha Oh leha ke,Eh or apa apa.Pastikan diri kita tidak dikencing dengan agenda agenda mereka yang bertujuan mengaburkan ilmu kita.

Baiklah sebelum saya tutup entry kali ini,izinkanlah saya nyanyi sebuah lagu.Ewah..


Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahasia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyuman tanda mesra
Senyuman tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyuman diwaktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimaan

Senyuman......
Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Api senyum jangan disalah guna

Senyum.....
Senyumlah kita

Senyumlah......
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati

(Senyuman-Raihan)

Bayangkan saya nyangi lagu ini dengan tersenyum kepada anda.Ohoiii..

Encik Levis
LoS
Senyum.








No comments:

Post a Comment