Alasan Itu Tongkatku

Nah!! zip mulut tuh sikit..
Hari-hari kita disajikan dengan pelbagai alasan. Siap boleh buat pertandingan beralasan la. Walaweehh. Alasan dijadikan sebagai wasilah (baca:jalan) untuk kita melepaskan diri dari keadaan yang kurang kita gemari atau mungkin apa yang kita tidak suka. 

Apabila berlaku kelalaian,kita kemukakan alasan.

Apabila kita culas dan malas,kita cari alasan.

Apabila kita gagal dalam sesuatu,alasan jugalah jalan penyelesaiannya.

Apabila kita kesusahan,kita mencari alasan.

Senang kata alasan ini seperti Pok Cik Google la kerana kerap kali kita menggunakannya untuk  selesaikan sesuatu perkara. Saya rasa Pak Alas nie bekerjasama dengan Pok Cik Google gamaknya kerna ramai sungguh orang yang menggemarinya. Senyum. Sekiranya dibilang sepanjang hidup kita,saya boleh katakan kebenaran yang diucapkan boleh dikira menggunakan jari jemari anda berbanding dengan pelbagai alasan yang mungkin jika dikumpulkan lebih tinggi dari menara KLCC. Alahai.

tarik nafas.

Mengapa gagal dalam subjek Matematik Tambahan ni? Ini kerana soalan tuh susah sikit la. Aku xsangka pulak keluar soalan yang senang sangat sebab aku study malam tadi semua soalan tahap Adi Putra pon tak boleh jawab der. Ke Adi Putra sepupu belah mak kau tuh? Eh..

Mengapa tidak pergi usrah? Ala Akh,jauh sangat la tempat perjumpaan usrah kita tue sampai sejam pergi balik. Ana ada kerja sikit la semalam akh,lagipon kerja tue ana seorang je yang boleh buat dan ana nie lah ayam tambatan syarikat ana. (Aku tambat hang baru hang tau kang)hehe..

Mengapa tidak solat subuh tadi Din? Ala Mummy (amboi Mummy dipanggilnya bila kena soal sikit) Din terlajak tidur la. Lagipon loceng tue perlahan sangat bunyinya. Nanti Mummy belikan loceng yang lebih besar dan kuat ye? Kenyit mata. (dalam hati ibunya:aku mumiakan hang baru hang tau tak payah nk bangun bangun subuh dah)..senyum. Hanya andaian penulis je manakan ibu sanggup buat macam tue kan..heee

Kenapa tak pergi kelas semalam Kasim Selamat? Sorry la Sudin,aku kalau pergi pon bukan paham sangat pon apa prof tue ajar,baik aku study sendiri. TiubAnda ada boleh ajar ak,Pak Cik Google pon boleh tolong ak.(padahal kat bilik satu dozen Movies habis dikhatamnya).Eh bersangka baik la Encik Levis Oiii..sengih.

Eh Ahmad,jom la kita ke surau. Dah Maghrib dah nie. Hmmmm Meon,kau pergi la dulu,kerja homework aku banyak lagi nie. Nanti tak sempat plak nk hantar esok nie. Esok esok la aku ikut kau ye. Sengih seperti kerang busuk.

Nah. Semua ini adalah alasan yang selalu je kita dengar malah dah naik muak dah. Bukan untuk berburuk sangka tetapi katakan kebenaran walaupon pahit sepahit kopi Starbuck. Eh yeke? sorry saya tak support Starbuck!hehe. Janganlah mengeruhkan keadaan kerana mungkin kita menjangka keadaan akan berpalik kepada sedia kalanya sekiranya kita memberi alasan,akan tetapi lambat launnya kita juga yang terpalik dengan lumpur yang kita buang ketika tersekat di dalam lumpur itu. Mungkin rata rata kita berfikir itu adalah jalan yang terbaik untuk kedua dua pihak.tapi.........

Kita sangatlah silap malah tersasar dari andaian kita. Itulah punca kekeruhan bakal menjenguh tanpa disedari.

Alasan yang kita kumpulkan saban hari sebenarnya adalah tiket untuk kita menempah ke lubang kebinasaan. Saban waktu kita mencipta seribu malah berjuta alasan untuk mengelak dari membuat kebaikkan. Saban hari kita mencari alasan untuk membantu kita sebagai jalan keluar. Silap! Silap! Silap! Itu semua kesilapan demi kesilapan yang kita tempa tanpa memikirkan jangka masa yang panjang. Itu juga bukan jalan keluar bagi sesuatu masalah. Semakin hari kita semakin dekat dengan kemungkaran angkara alasan kita sendiri. Terbuai dengan perkara-perkara lara yang kita rasa itu adalah yang terbaik.





Kita memandang enteng dan mudah tentang perkara ini akan tetapi ketahuilah bahawa kesan alasan kepada diri kita sangatlah besar. Kerana ALASAN semua,kebaikkan yang kita mampu kerjakan akan tertangguh atau terbatal. Kerana ALASAN juga mungkin menyebabkan kita daripada layak ke syorgaNYa terus menjunam ke neraka jahannam. Na'udzubillah.
Peluh menitik.

Mohon dijauhi. Sekiranya alasan itu bukan gratis (baca :percuma) nescaya saya yakin dan pasti bahawa pasti ramai yang tidak akan memberi alasan. Maka akan meningkat amalan kita dan akan hidup sejahtera dibuatnya. Wahai. Indahnya.

Splash.Air dijirus dimuka.

Tapi sayang itu hanyalah angan-angan disertakan dengan mimpi mimpi indah sahaja. Fuhhh. Peluh. 

Jom kita selami kisah Kaab Bin Malik dimana dia seorang yang jujur dan tidak seperti golongan golongan munafik yang lain dalam mencari alasan untuk melepaskan diri di dunia yang hina ini buat sementara waktunya.

Kaab Bin Malik tidak turut serta dalam perang Tabuk.Namun beliau tidak pernah tertinggal dalam menyertai semua peperangan bersama Rasulullah kecuali perang Badar.Ketika kaum muslimin sedang bersiap siaga untukberperang,beliau masih berlengah lengah dan menyuruh kaum muslimin pergi terlebih dahulu kerna kenudian akan beliau ikuti dari belakang.

Namun itu bukanlah apa yang kita bayangkan.Beliau terlalai dengan tanaman dan buah-buahan yang sedang rancak menunjukkan keranumanya.Beliau terlalai dengan perhiasan dunia buat seketika. Akan tetapi pabila dilihatnya saki baki orang yang tidak berperang hanyalah kaum wanita,kanak-kanak,orang tua yang uzur dan golongan-golongan munafik.Dirinya ketika itu terasa sedih dan hiba.Beliau cuba untuk mencipta alasan untuk dikemukan terhadap RAsulullah pabila baginda pulang ke Madinah.

Setibanya Rasulullah di Madinah,seperti biasa Baginda akan terus menuju ke masjid sebelum menuju ke rumah isteri isterinya. Dan pada ketika itu juga berbondong-bondong orang yang tidak menyertai perang pergi menghadap Rasulullah untuk menyatakan alasan meraka. Semua yang memberi alasan dilepaskan oleh Rasulullah dan setibanya Kaab dihadapan Rasulullah,BAginda menarik Kaab dan menanyakan alasan beliau.Nak tahu apakah alasan Kaab?jom kita buka mata luas luas dan telinga lebar lebar untuk mendengar alasan Kaab Bin Malik ini.


"Ya Rasulullah, sekiranya aku mahu,aku mampu mencipta pelbagai alasan. Tetapi aku tahu walaupon aku terlepas di hadapan engkau pada hari ini,tidak terlepas ak di hadapan Allah kelak nanti"


haaaa!!epik bukan?

nah tisu lap air mata tuh.

Maka Baginda melepaskan beliau akan tetapi beliau dipulau oleh rasulullah dan kaum muslimin yang lain sehinggalah turunnya ayat Allah mengampuni dosa Kaab Bin Malik itu.


Legen bukan Kaab Bin Malik nie? Malah beribu ribu kali saya menbaca sirahnya membuatkan saya sedar bahawa syurga bukan untuk orang yang beralasan. Sebelum kita kemukakan alasan,fikir terlebih dahulu adakah Allah akan terima alasan kita. Layak ke alasan itu di jadikan tongkat untuk kita semsa kesusahan. Mampukah kita? Dengan sifatnya yang sentiasa mendahului Rasulullah dan Allah membuatkan beliau seorang yang istimewa sehingga disebut di dalam kalam Allah yang mulia itu. Bagaimana pula dengan kita? Sudah semestinya diri ini yang dipentingkan terlebih dahulu asalakan kita sudah terlepas sendirian pon sudah memadai.

sentap!

"Mereka bersumpah dengan nama Allah dan berkata 'Sekiranya kami sanggup,pasti kami bersama kamu'.Mereka membinasakan diri mereka sendiri dengan sumpah dusta itu,sedangkan Allah mengetahui bahawa mereka itu adalah golongan pendusta"
                                      #At-Taubah:42#

Mahukan kita menjadi golongan pendusta yang membinasakan diri sendiri hanya kerana ingin melepaskan diri buat sementara waktu di dunia yang fana ini?Mahukan kita menjadi golongan golongan munafik yang mencipta pelbagai alasan hanya untuk keselesaan hidup ini?sudah semestinya kita tidak mahu bukan? 

"Sesungguhnya golongan munafik itu ditempatkan pada tingkat yang terendah antara lapisan-lapisan dalam neraka.Sesiapa pon tidak dapat menolong mereka"

                                       #An-Nisa':145#

Nah ambil! Nak lagi bagi alasan? Berkatalah dengan kebenaran. Didiklah diri ini dengan berkata benar. Usah dimanjakan seperti baby demi keselesaan diri itu. Jangan dibiarkan diri ini terbiasa dengan alasan. Biarkan diri ini lebam ditumbuk,diteranjang dek kerana mengatakan sesuatu yang benar kerana orang orang yang benar sentiasa bahagai dihujung hayatnya. Jika tidak didunia,mak akhiratlah tempat perhitungannya. Senyum. Bahagia bukan sekiranya alasan itu tidak pernah wujud. Malah seperti anak anak Ribena yang keriangan bermain di taman bunga tulip tanpa sebarang masalah. Alahai indahnya.Angin tiup sepoi sepoi bahasa.

Encik Levis.

Note:maaflah kerana lambat mengeluarkan entry terbaru. Mungkin kerana busy ataupon sedikit malas dek kekeringan idea.Eh ini bukan alasan tapi kebenaran ye. 

Senyum sokmo. 

Sedang sibuk menghasilkan cerpen pendek juga tetapi ketandusan idea dihujung cerita. Bimbing cerita tu seperti kisah di dalam novel.Klise katanya.Mohon Allah kurniakan idea yang melimpah ruah untuk saya terus menulis.Sengih.

Aman damai sentiasa.











No comments:

Post a Comment