Engkau Hipokrit!!

inilah muka hipokrit aku !!


Anda sememangnya seorang yang HIPOKRIT! kerna apa saya menyatakan hal yang sedemikian?walaupon saya tidak kenal anda,mungkin saya tidak tahu nama anda,makanan kegemaran anda ,hobi anda ataupon di mana anda tinggal,tapi saya tetap memberanikan diri dengan menyatakan bahawa anda memang seorang yang hipokrit.H-I-P-O-K-R-I-T! Ya,itu adalah perkataan yang sangat sesuai dengan anda. senyum.

"haihh Encik Levis nie kenapa tetibe emo plak!"

Kenapa saya tidak semena smenanya mengatakan anda hipokrit?. Adakah entry kali ini lebih ke arah dalam mencemuh ataupon mengutuk anda? Tidak! 

"Setiap bayi itu dilahirkan atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesrannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi,Nasrani atau Majusi"
                                       (riwayat Bukhari dan Muslim)
atau?

"Setiap bayi itu dilahirkan atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya seorang Islam,Yahudi,Nasrani atau Majusi"

Ape bezanya antara dua hadis ini? Islam. Benar kata anda. Perbezaannya adalah islam itu sendiri. Perkataan islam itu di wujud didalam hadis ke 2. Akan tetapi kenapa hanya ada Yahudi,Nasrani atau Majusi? Tidakkah anda berfikir kenapa Islam tidak disebut di dalam hadis 1 tersebut.

Pelik bukan...?

jawapannya mudah sahaja bahkan lebih senang dari Abc. Fitrah! Yup,fitrah itu memainkan peranan yang penting. Fitrah manusia adalah islam. Di dalam perut ibu kita lagi kita adalah islam. Islam yang mutlak tanpa sebarang tawar menawar. Tiada rundingan untuk kita beragama lain. Benar, anda semua adalah islam. Bukan Yahudi,Nasrani mahupon Majusi.

  "Ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada        belakang mereka. Dia menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri.   Allah menerangkan ' Bukankah aku ini Tuhanmu?' Mereka semua menjawab  'Benar,kami menjadi saksi mengakuinya' "
            
                                               #Al-Araf :172#

Ini adalah bukti yang sudah terang lagi bersuluh bahawa kita adalah islam. Di dalam ayat tersebut menunjukkan perkataan *Kami semua*,yang bermaksud bukan hanya segelintir tetapi kita semua. Tiada alasan untuk kita melarikan diri lagi. 

tersungkur!

Berbalik kepada tajuk tersebut,mengapakah saya mengatakan anda hipokrit adalah kerana anda tidak mahu menjadi baik. Anda selesa di dalam kepura-puraan anda dalam melakukan kejahatan padahal anda adalah seorang islam yang mengakui bahawa Allah adalah Tuhanmu. Anda yang mengatakan dan meluahkan perkataan tersebut. Bukan saya,bukan nenek anda,bukan pak cik penjual cendol di tepi jalan itu. Eh.

Islam adalah agama yang baik. Mengajar kepada kebaikkan. Kebaikkan yang semua orang miliki sejak lahir lagi kan tetapi ke mana hilangnya sifat itu? dimana? di dalam rahim ibu kitakah? mengapa masih ramai yang mengganggap menjadi baik itu adalah poyo,hipokrit bajet semua bagai?

sentap!
nages kecil.

"rilex la Encik Levis,isap rokok dulu.chill la"

"saya bukan tak nak jadi baik,tapi baik itu klischee sgtlah"

"tak de stail la Encik Levis jadi baik,takde life kot,boring!"

"buat apa jadi baik,saya nak jadi diri saya lah,sebab tue adalah diri saya sebenarnya"

Itu adalah diri anda semula jadi?
 ok tembak kepala sendiri. 
Headshot!

Siapakah anda sebenarnya?
Anda kenal diri anda ke?

Mungkin ramai yang masih menunggu masa untuk berubah. Masih mencari waktu yang di mana Allah memberi pentunjuk ataupon tanda tanda untuk diri ini berubah,tetapi ketahuilah tanda itu sebenarnya tanda tanda itu sudah terbentang luas di hadapan mata biru anda itu. Biru ke?hehe. 

Saya jugak yakin bahawa rata rata anda di luar sana takut untuk berubah kerna faktor rakan. Rakan yang selalu membisikkan perkara perkara durjana,yang pada zahirnya tampak menolong kita tetapi pada hakikatnya menolong ke arah bertentangan dengan arus agama. Ke arah lembah lembah yang seperti kurang hala tujuan atau mungkin lebih teruk dari itu. Mohon dijauhkan ya Allah. Anda takut rakan anda mengejek anda,mengutuk mencaci atau mencerca. Inilah salah satu asbab (baca.sebab) anda menjadi was was dalam penghujrahan ini. Mana mungkin anda mampu hidup tanpa rakan bukan? Betul ke?

Tepuk dada tanya iman brader. 
sengih.

Pada hakikatnya itulah manusia yang paling sempit akal fikirannya kerna memikirkan bahawa dengan perubahan diri ini umpama layang layang terputus talinya. Tidak siapa akan mendekati anda,anda dalam kesunyian dan dalam kesedihan. Betul ke? Itukah yang anda fikirkan selama ini? 


"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri "
                                             #Al-Baqarah:222#

Sebenarnya anda tidak kesunyian,tidak disisihkan malah andalah orang paling beruntung kerana anda adalah orang yang dicintai oleh Allah. Allah kot. Susah untuk mendapat cinta Allah ini kerna anda adalah orang yang sentiasa dijagaNya. Ala,umpama anda mencintai seseorang,anda akan menjaganya silap haribulan segala benda yang dia buat pasti anda nak tahu bukan? ewah tetiba masuk bab ini pulak..heeee

Kata kata dan ejekan anasir luar sudah semestinya bukan senang untuk ditempis atau dielak,tetapi persetankan mereka semua. Usah pedulikan mereka kerana anda sekarang sudah menjadi permerhatian orang lain. Mereka cemburu kepada anda. Tenang dan sabarlah dalam menghadapi ujian perubahan ini kerna sesungguhnya orang yang ingin berubah ini sangatlah senang diuji kerana disitulah Allah sudah mengambil berat tentang anda malah disitu jugaklah Allah sedang menyayangi anda.

kagum. 

Bergeraklah terus ke arah perubahan itu.Allah tidak sesekali mengecewakan para hambaNya yang mendekatiNya. Tuluskan niat anda keranaNya. Jangan terpesong atau ragu ragu dengan niat anda,kerana iy amat merbahaya umpama memandu kereta dalam keadaan was was. Takut terbabas nanti. Samalah dengan niat anda itu,sekiranya perlu,butuhkanlah pertolongan dari rakan anda yang sememangnya anda percaya dia mampu membimbing anda.

Pernah anda dengar kisah seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang tetapi dia ditempatkan disyurga? meh saya ceritakan. Ala ala Abang Sidi lagi tuh. Ewah.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda dikalangan orang terdahulu terdapat seorang lelaki yang telah membunuh sebnayak 99 nyawa manusia. woiii manusia woii.. Lantas dia mencari orang yang banyak ilmunya. Maka dia ditunjukakn kepada seorang rahib yang tinggi ilmunya. Kemudian dia menyatakan hasrat hatinya kepada rahib tersebut.

"aku telah membunuh 99 nyawa orang,adakah taubatku akan diterima oleh Allah sekiranya aku bertaubat?"

Maka rahib itu menjawab "Tidak",

lalu tanpa berfikir lelaki itu terus membunuh rahib tersebut. Dengan kematian rahib tersebut,angka nyawa yang terbunuh meningkat kepada 100.woahh 100 kot! Kemudian dicarinya lagi orang yang mempunyai ilmu yang tinggi,maka dia ditunjukkan kepada seorang pemuda yang alim. dia pon mengatakan hasrat hatinya untuk berubah kepada pemuda alim tersebut.

Pemuda alim itu menjawab "Ya taubat akan diterima akan tetapi pergilah kau ke daerah ini,kerna disana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Dan beribadahlah kepada Allah. Janganlah kau pulang ke daerah ini,sesungguhnya daerah ini sangat jelek untuk kkau tinggal disini.

Maka berangkatlah lelaki tersebut ke arah daerah yang disebut oleh pemuda alim itu. Ketika di dalam perjalanannya,kematian telah menjemputnya terlebih dahulu. Ketika malaikat ingin menjemputnya,malaikat itu dalam kekagetan dan kebingungan. Adakah lelaki ini milik malaikat Rahmat atau malaikat Azab. Dan Allah menyuruh malaikat mengukur jarak antara pemuda itu dengan daeahnya dan dengan daerah yang ingin ditujunya. Keputusan jelas menunjukkan bahawa jarak antara lelaki tersebut lebih dekat sejengkal dengan daerah yang ingin ditujunya berbanding daerah tempat tinggalnya. Maka lelaki itu adalah milik malaikat Rahmat.



terbeliak mata.

"jadi Encik Levis,Apakah kaitan cerita ini dengan tajuk enta?" 

Ya. Mungkin relationnya (baca :hubungannya) agak kurang jelas akan tetapi ibrah yang ingin saya tunjukkan sangatlah besar malah lebih besar dari Gunung Everest. Eh! 

Ibrah yang pertama boleh kita ambil adalah dimana taubat seseorang itu masih dibuka sehingga nyawa belum dicabut. Jangan anda fikir segala kejahatan walaupon sebesar mana pon dosa anda tidak dapat ditebus kerana Allah itu maha Pengampun. Saya yakin dosa anda tidaklah sebesar dosa pemuda tersebut yang membunuh 100 nyawa,sedangkan anda nak bunuh nyamuk pon teragak agak. Eh.senyum sokmo. Jadi jangan jadikan alasan dosa itu adalah dinding yang menghalang untuk anda berubah.

Suasana! di dalam cerita tersebut ada disebut oleh pemuda alim itu supaya lelaki tersebut tidak pulang ke daerah lamanya kerana suasana itulah yang mampu mempengaruhinya. Suasana yang tidak sesuai untuk insan yang ingin berubah. Jika anda ingin berubah,maka keluarlah dari daerah anda. sekiranya anda di Malaysia keluarkan menuju ke UK.eh mana anda nak cekau duit plak kan?hehe. 

Bukan itu yang dimaksudkan secara lazimnya akan tetapi yang diimaksudkan adalah anda mengubah suasana anda. Dengan siapa anda berkawan, dengan haiwan di Zoo ataupon dengan alien ke. ataupon dengan senior senior anda. Itulah yang dimaksudkan dengan suasana. Sekiranya tidak elok,maka berhijrahlah ke suasana yang lebih baik. 

Perubahan itu berlaku haruslah secara berperingkat. Seperti Al Quran diturunkan! Berubah haruslah secara perlahan lahan kerna takut atau bimbing kerana perubahan secara mendadak itu mampu mencekik diri balik. Malah mampu membuatkan seseorang itu ke lembah yang hina lagi. Siapa tahu.
tidak perlulah secara sekelip mata menjadi seperti malaikat,akan tetapi biarlah perubahan itu sedikit demi sedikit tetapi biar la istiqamah. Istiqamah! Ia sangatlah penting untuk kita yang ingin berubah. Biarlah jelek dimata orang lain tetapi cantik dimata Allah.

Akhir bicara saya tutup entry saya kali ini dengan mendoakan jiwa jiwa yang sedang membaca blog saya ini tersentuh malah tersisip sedikit perasaan ingin berubah. Berubahlah dan janganlah memandang ke belakang. Ayuh pegang erat tangan saya kita melangkah menuju ke syorga Allah yang indah itu. oppps. Hanya lelaki je ye yang saya maksudkan pegang tangan saya bagi perempuan pi pegang tiang tuh. hehe

selamat beramal 

Encik Levis

P/s: maaf lambat keluarkan entry terbaru kerana agak sibuk sedikit dengan rakan rakan dalam merapatkan ukhuwah kami. Tetapi inshaa Allah akan kerap saya menulis biarpon sibuk tahap tenuk mana pon kerana menulis adalah saya. Ewah berpuitis gituh..heeee

senyum sokmo :)








No comments:

Post a Comment