Super Saiya-Tan!

saiya-Tan  comel pon ade erk?jangan mudah terpedaya!

P/s: disini saya ingin menasihatkan bagi sesiapa yang ingin meneruskan bacaan blog saya,maka harap anda mampu bertahan sekiranya terasa seperti membakar ataupon panas ulu hati mahupon tidak senang duduk,saya tidak menjanjikan keselamatan anda.Sekiranya hal itu berlaku,sungguh anda pasti memerlukan penawar!Maka nasihat saya terlebih dahulu ambillah wudu' dan bertawakal-lah pada Allah.hehe.Peace No War! .sengih.


       "Dan sungguh Kami telah menciptakan kamu,kemudian membentuk (tubuh)mu,kemudian kami berfirman kepada para malaikat *bersujudlah kamu kepada Adam* maka mereka pon bersujud kecuali iblis.Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud"

      "Allah berfirman *Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?* (iblis) menjawab: *aku lebih baikdaripada dia.Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah"
       
                                       #Al-A'raf: 11 & 12#

saya pasti dan yakin semua sudah tahu kisah iblis ini.tetapi tetap saya ingin mengingatkan kepada anda semua wahai pembaca sekalian,bahawa betapa angkuh tahap gabannya saiya-Tan nie walaupon Allah menyuruhnya.adakah kita juga begitu?tidak perlu jawab kepada saya tapi jawablah dalam hati dengan keimanan.



"Ehh Encik Levis kenapa super Saiya?".....

haaa...
inilah yang saya hendak berceloteh pada entry kali ini.
sembur minyak wangi.
jari jemari dikepak sehingga meletup.
ewah..

"Pernah anda melihat cerita cartoon Dragon Ball?"..

bagi sesiapa yang tidak mengetahui cerita tersebut,dizaman manakah anda sekarang.zaman gua ke??
ok ok.no hard feeling ler..
bercanda untuk sekadar hiburan je.
jangan maraaaa ye. senyum.

dalam cartoon tersebut Goku dan Bezita mempunyai kuasa yang dipanggil super saiya. cahaya kekuningan akan keluar menunjukkan aura mereka sedang melonjak tinggi untuk menumpaskan pihak lawan.Eh. macam dalam cerita Gerak Khas la pulak. rilex brader. chill. cahaya tersebut menunjukkan kuasa mereka sehingga digeruni oleh pihak lawan.haaaa....

dah nampak relatenya dengan Super Saiya-Tan tadi?

errr garu kepala.

beginilah. Super Saiya-Tan jugak mempunyai aura tersebut sehingga menyebabkan begitu ramai manusia malah berjuta jutaan yang tergelongsor ke arah mereka. power kan?sebab itu disamakan super saiya dengan saiya-Tan nie. malah mungkin lagi dasat sehingga mampu bertukar ke super Saiya ke-5.
uhuk uhuk...

"jap jap Encik Levis,ini cerita fiction ke bukan Fiction nie?"

andalah yang menilainya.saya hanya menulis.acehhh..
baiklah. itulah kelebihan saiya-Tan sehingga mampu untuk menghasut begitu ramai untuk menjadi pengikutnya. pengikut ke arah kebinasaan.

         "Ia (iblis) berkata:* Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi,dan aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka"
                 
                                       #Al-hijr:39 & 40#


terbeliak mata?
sudah mula panas?

kan saya sudah memberi amaran.itulah janji saiya-Tan terhadap Allah. Ayat di atas secara jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa saiya-Tan akan cuba merosakkan kita malah menyesatkan kita dari mengingati Allah. malah lagi teruk sehingga membuatkan kita tidak mengaku bahawa Allah itu tuhan pencipta kita. nau'zubillah. tetapi dalam ayat tersebut jugak terselit satu fakta dimana kita manusia atau hambaNya yang hina tidak menyedarinya bahawa saiya-Tan itu sendiri mengaku bahawa Allah itu tuhannya.

tidak percaya? 
bacalah ayat pertama yang berbunyi 'Tuhanku'. tidakkah itu jelas menunjukkan bahawa saiya-Tan jugak masih mengangkat Allah sebagai penciptanya,tetapi kita malah lebih teruk tidak pernah mengaku atau mungkin tidak menyedari kita dicipta.

alahai.
nanges besar!

kita malah mungkin lebih teruk dari saiya-Tan. tidakkah anda merasa sedemikian?Allahu.

cubalah pandang kiri dan kanan anda!
apa yang anda dapat lihat sekarang?

ehh,bukan baru nak pandang sekarang tapi itu maksud tersirat.
haha

sesungguhnya agenda saiya-Tan itu tersusun rapi malah lebih kemas dari orang yang paling kemas. adusss terasa. hihi
niat saiya-Tan mungkin untuk menarik kelembah kedustaan bukan senang akan tetapi saiya-Tan itu lebih licik malah bijik pandai kelulusan ijazah di Oxford gituhh. ewahh..

iyelah,mana tidaknya,sekiranya dia tidak dapat menarik melembah kehinaan dia akan cuba mengaburkan kepercayaan kita. percubaannya untuk menarik dari putih ke hitam itu payah dan susah,tetapi akhirnya dia cuba membawa ke arah kelabu.

 "apa maksud kelabu pulak Encik Levis"
ini wajah saiya-Tan bukan seperti baby comel tadi malah lagi teruk wajahnya.


contohnya,seseorang itu solat tetapi masih memakai rantai dan gelang sehariannya.''dalam hatinya dibisik kau masih solat kira okay la tuh''.tidakkah itu berbaur dengan dosa dosa yang kita tidak sedari.

contoh lain pula,perempuan yang memakai tudung,solat cukup tapi sayang memakai baju lengan pendek,seluar ketak malah rambut ber-dye lagi. dihatinya berkata,solat itu tiang agama. luar tidak penting asalkan solat dan hati baik.

tidakkah itu dinamakan kelabu?
bijakkan saiya-Tan nie.

kagum sebentar.
mata berkilauan.

mesti ramai yang nak berguru dengan dia bukan.hehe
carilah guru yang kuat agamanya bukan seperti saiya-Tan ini.
so marilah kita sama sama bermuhasabah diri ini sama ada kita sahabat kepada Saiya-TAn yang genius ini ataupon sebaliknya. sebelum coretan ini bersambung dengan kemerepekan saya,maka izinkan saya mengundur diri yang marhaen ini. jadilah super saiYa yang kool mcm APG yang menggunakan auranya untuk jalan Dakwah nie.

senyum sokmo.
selamat beramal

-Encik Levis-

P/s:bagi yang dah separuh terbakar tuh pergilah siram dengan air wujud dan padamkanlah dengan solat sunat Taubat.Sungguh Allah Maha Pengampun Maha penyayang.



2 comments:

  1. Seriously saya rasa byk sgt Saiya-Tan telah melempiaskan auranya kepada saya..

    Saya akan cuba baiki diri saya lagi..harapnya dgn bantuan Bezetarbiyyah akn dpt membantu saya mnjadi Super Saiya! Bahkan Super Murobbi Saiya! :)

    Terima Kasih Encik Levis Biru!

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Encik Levis Biru, terlalu ramai orang yang masuk ke arah kelabu, tercampur adukkan yang haram dan halal sehingga keliru termasuk lah saya sendiri..

    huhu, insaf

    ReplyDelete