Muqadimah: Mengapa Blog jadi sasaran?

MUQADIMAH

Pena terangkat,
dan lembaran tulisan 
telah kering.


"aik encik Levis,baru nak muqadimah?habis sebelum sebelum nie ape pulak"..

"Encik Levis nie buang tebiat nie,mana lah orang tulis pastu baru muqadimah.demam erk?"...

"mana ada orang pakai kasut dulu baru nak pakai stokin!"

hehe. suspen bukan. mungkin. setiap orang ade style dia tersendiri. begitu juga saya. dok gituh. macam Superman pakai seluar dulu baru pakai seluar dalam. kenapa orang  tak pertikaikan pulak? senyum. bukan untuk menghangatkan situasi tetapi sekadar ingin bergurau senda.

mengapa sekarang baru menulis?kenapa encik levis!!!!kenapa!!!

wahhh.marah benor nampaknya nie. susah jugak hendak saya terangkan.
tarik nafas. 
hembus.
kosongkan fikiran.
Inshaa Allah kali nie kita santai santai je ye. ala mcm santai kat tepi pantai.eh.

     "orang bijaksana menulis tentang ilmu,orang cerdik menulis tentang orang      lain,hanya orang bodoh yang menulis tentang dirinya"

gulp.
deep sangat nie.
tak de yang ringan ringan lagi ke encik levis?

saya begitu terkesan dengan petikan tersebut.saya tahu pasti ramai yang bertanya salahkah menulis tentang diri sendiri. wahhhh nie memang kenyataan maut saya nie!.
mohon letak dahulu parang, pisau atau ape ape la yang ada ditangan anda ye.
senyum sokmo.
ok baiklah,memang tidak salah tetapi janganlah keterlaluan bercerita tentang pengalaman atau tentang diri kita. tidakkah lebih baik sekiranya kita bercerita tentang ilmu kerna sesungguhnya ilmu itu kekal selagi mana kita amalkan. kita mahu orang belajar tentang ilmu  bukan untuk orang belajar malah mengagumi kita. sedar atau tidak sebenarnya kita telah telah lari track (baca: lindasan)bukan?

tepuk dada tanya lah iman.
bukan Mohd iman anak saudara kita ye.
hehe


seseorang ulama mahupon ustaz sekiranya hanya bercerita tentang dirinya pasti ramai malah mungkin berjuta juta terpesona. tetapi dalam pada masa yang sama kita buta kerna kita terlebih menyanjungi seseorang itu sehingga timbul isu taksub dan pelbagai lagi. bukankah itu dikira bersalah?

"sorry encik levis saya masih kurang ngerti"..

ehh. 
berbahasa indonesia pulak.

beginilah,bukankah kekuatan ilmu itu lebih ampuh berbanding dengan kekuatan peribadi ataupon personaliti seseorang itu?.
jawab dalam hati ye.heeee

biarlah lah pembaca ataupon pendengar itu sendiri bersandarkan dengan ilmu yang diketengahkan atau diketepikan atau dikebelakangkan,bukan kekuatan peribadi penulis ataupon penceramah tersebut.ehhh encik levis nie main main pulak.

sengih.
bukan.sekadar selingan agar pembaca tidak serius malah tengok tuh,sampai urat terkeluar tuh,dasat sangat tuh.
rilex brader....

tidak perlulah saya menghuraikan lebih panjang.nanti tersengguk pulak akibat terlalu bosan.
tutup mulut tuh bagi yang menguap.
ngeeeee

berbalik kepada soalan tadi mengapa saya menulis?
baiklah bagi yang mengenali saya mungkin tidak expect (baca: menjangka) bahawa saya akan menulis sebegini rupa.

"ehhh elehh dulu encik levis nie aku tengok biasa biasa je,suka main main dan aku kenal sangat la dia nie.malah time kecik kecik siap main guli sesama lagi"

amboi.sampai ke situ ye.haha

bagi yang mengenali saya itu cukuplah hanya antara kita sahaja,tetapi bagi yang baru nk mengenali tuh selamat berkenalan.bak kata orang sekarang 'Tidak Kenal Maka Tak Cinta' tetapi saya lebih prefer (baca:sarankan) 'Tidak Taaruf Maka Tak Cinta'.ya cinta dengan hati budi saya.personaliti saya.sikap saya.dan mungkin cara pemikiran saya.ewah.

             "Bacalah dengan (menyebut ) nama Tuhanmu yang        menciptakan"
                                                 # Al-'Alaq :1 #

wahai pembaca sekalian.anda mahukan jawapan dari saya.dan inilah jawapan saya.
mungkin ramai yang tidak memahami maksud ayat tersebut secara tersurat tetapi  carilah yang tersirat. Buat masa sekarang inilah jawapan yang mampu saya bagi.

errrr.garu kepala.

tidak mengapa,tidak perlu dikejarkan kerna bak kata omputeh " TAKE YOUR TIME" fuhhhh...
peluh besar bila datang bab nak cakap omputeh.heeeee





ketahuilah dengan membaca itu sendiri akan membuka hati kita.dan hati kita adalah raja kepada jasad kita.secara tidak langsung akan membuatkan kita berfikir. dan disitu jugalah akan adanye kesedaran sekiranya kita mengerti. semoga dengan pembacaan dan penghayatan kita mampu membuat kita disapa oleh Mak Cik Hidayah bak kat APG.saya selaku encik Levis biru sentiasa mendoakan agar semua pembaca tegar ataupon tidak mendapat hidayah dariNya.sesungguhnya Mak Cik Hidayah itu milik Allah dan saya tidak mampu utntuk menyerahkan kepada sesiapa yang saya inginkan tapi biarlah saya menjadi asbab (baca: sebab) seseorang itu mendapat hidayah.

sekian semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang.
sengih.

Encik Levis

note:rindu untuk menulis tetapi masa terhad dengan pelbagai aktiviti aktiviti lain.moga dipermudahkan.

selamat beramal.




No comments:

Post a Comment