'Selamat Panjang Umur' vs 'Selamat Pendek Umur'


wahhh sedapnya kek nie.Telan air liur sekejap.Teringat Birthday  minggu yang lepas.
eh.entry kali nie bukan nak cerita resepi kek nie ye tapi maksud disebalik kek yang meleleh nie.

lazimnya setiap kali sambutan hari lahir pasti disambut dengan pelbagai jenis kek idaman seperti kek Red Velvet la,kek Indulgence la,kek Black Forest la dan banyak lagi la.
(semua jenis kek yang disebut adalah kesukaan encikLevis sebenarnya.hehe)
disebalik kek nie terungkaplah pelbagai ucapan yang biasa kita dengari.

"selamat hari lahir Ahmad(bukan nama sebenar)"

"selamat panjang umur sahabatku arif(bukan nama sebenar)"

dan banyak lagi la ungkapan-ungkapan yang unik yang direka sendiri remaja zaman sekarang.hebat dan kreatif.tapi lupakah kita bahawa semakin kita menyambut hari kelahiran kita saban tahun semakin dekat kita dengan mati.

MATI!
yup memang semua tahu apa itu kematian tapi tidak semua menghayati mati itu sendiri.

"eh eh eh.Aku tahu la mati itu apa encikLevis.Ala mati bila malaikat Izrail datang mencabut nyawa kan.."

"mati tuh kan bila kita dah tidak bernyawa la brader"

betul.semua yang dikatakan tadi benar belaka.Tetapi itukah kefahaman kita tentang kematian?(soalan yang sama turut menhujani aku)..
Mati bukanlah pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.yup permulaan kepada hidup yang tidak akan mati mati lagi selepas itu.

aikkk.hidup yang tidak mati mati lagi?
errrr.blur....garu garu kepala sambil dahi berkerut.

itulah maksud kematian sebenarnya.Sebenarnya kita merancang kematian untuk hidup bukan merancang kehidupan untuk mati.itulah prinsip kematian.
hafal!!hihi

itik-itik berkeliaran diatas kepala.
kutu-kutu jatuh ke tanah  akibat menggaru kepala lagi kerap.
hehe

Perancangan itu adalah kemestian terutama perancangan untuk hidup yang abadi iaitu di akhirat kelak.Itulah perancangan panjang untuk panjang bukan perancangan panjang untuk pendek.lagi blur bukan?manusia kini merancang jangka masa yang panjang untuk kematiannya itulah dinamakan perancangan panjang untuk pendek tetapi lupakah kita bahawa ada lagi kehidupan selepas kematian.ya,kehidupan yang tidak akan mati mati lagi yang saya maksudkan.kita manusia akan dibangkitkan selepas kematian untuk menentukan hala tuju kita samada ke neraka ataupon ke sorga.

     Katakanlah,"Allah yang menghidupkan kemudian mematikan kamu,setelah itu  mengumpulkan kamu pada hari akhirat yang tidak diragukan lagI;tetapi kebanyakan  manusia tidak mengetahui" 
                                                                       # Al-Jasiyah:26 #


sejak azali lagi ajal kita sudah ditentukan olehNya.semakin kita berusia semakin kita dekat dengan kematian.ketahuilah wahai pembaca sekalian hidup didunia ini,adalah sebagai tanaman untuk tuaian kita pada hidup di sana,di akhirat.Itulah tujuan kita hidup yang fana ini,untuk kelangsungan hidup yang baqa itu.dan setiap orang berbangga dengan umurnya yang semakin meningkat dan semakin menunjukkan kematangan seseorang itu.tapi....
Umur hanyalah putaran suria,purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam,minit, dan saat sebuah alorgi.

wahhh dah macam falsafah la pulak.sengih.

Ketahuilah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.ya kualiti kita menghabiskan umur kita didunia ini.itu jugak adalah salah satu soalan bocor di alam barzah nanti.

Bagaimana kita menghabiskan umur kita?

gulp.
sentap bukan.
mari kita tambah kesentapan lagi.
hehe


    "Dan pada hari itu engkau akan melihat setiap umat melutut.Setiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya.Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang kamu kerjakan"
                                                                      # Al-Jasiyah:28 #

tanaman itulah amalan kita di akhirat kelak.maka kita umat manusia ini disuruh untuk berbajak sejak dari kecil lagi kerna itulah hasil yang akan kita bawak menghadapNya.jika banyak tuaian kita maka ke surgo lah tempat kita tapi jika sedikit maka ke neraka lah.


       Orang yang cerdik iaitu orang yang selalu menjada dirinya dan beramal untuk bekal     nanti sesudah MATI.Dan orang yang kerdil itu iaitu orang yang hanya menuruti hawa       nafsunya tetapi ia mengharapkan berbagai harapan kepada Allah.
                                                     (Riwayat at-Tarmizi)


ingat!!.sesiapa yang tidak bercakap tentang mati dia akan "mati".ya mati,iaitu mati hati.hatinya mati kerna terlalu pujakan dunia sehingga lupakan akhirat.Dan  salah satu perkara yang paling dekat dengan kita adalah MATI.Benar kata ahli sejarah ,para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati.tapi Generasi sekarang 'mati' kerna mereka terlalu cintakan hidup.hidup yang penuh dengan tipu daya syaaitan.

deep.tp senyum sokmo ye.hehe



berbalik kepada tajuk utama,disebalik ungkapan itu,haruslah kita selami maksud disebalik "Selamat Panjang Umur" itu sendiri.kenapa masih panjang umur padahal usia semakin meningkat ke arah alam barzah.

pelik la encikLevis nie.sekejap cakap umur semakin pendek dek dekat dengan kematian tapi sekarang lain pula.

pening laaa...

sabor ye wahai pembaca.senyum dulu.

sebelum saya terangkan maksud tersebut,mari bermonolog dalaman sebentar.

bagaimana mahu panjangkan umur selepas kematian??

haaa!!lagi susah dari soalan add math(matematik tambahan) kan..hehe

meh encikLevis terangkan.petua nak panjang umur bisa kita lakukan dengan panjangkan amal,panjangkan jasa,panjangkan harta juga..

eh eh eh,sekijap sekijap.macam mana harta boleh panjangkan umur?

wakaf dan sedekah kan harta.itulah harta yang berkekalan malah pahalanya berterusan selagi mana digunakan sebaiknya.aset tuh.aset itulah yang menjamin kecerahan masa depan kita diakhirat kelak.mudah kan..malah akhlak juga adalah petua untuk panjangkan umur,.manakan tidak,dengan berakhlak kita menjalinkan silaturrahim sesama manusia.bukankah itu amalan yang mulia.

so dengan petua petua inilah cara kita untuk memanjangkan umur kita di alam sana nanti.

tak susah kan nak panjangkan umur.malah lagi senang dari add math(matematik tambahan).

sengih.

Nota Hati Seorang Lelaki
M.S.D













No comments:

Post a Comment