i am ASHRAF MUSLIM !!


Wahhhh wahhh wahhh.Ashraf Muslim. Siapa tak kenal. Pelakon lelaki idaman semua wanita kan?ke sikit sikit je?hehe. muka jambu, paras rupa yang enshem dan gentleman dan ka-wa-i gituhh (baca:comel). Dulunya terkenal dengan movie AKU MASIH DARA dan banyak lagi la. Kebanyakkan semua citer yang dia berlakon semuanya jadi ostad. Ostad pilihan la katakan.Eh. Semua watak yang dibawaknya memang meletop la. Namun kisah terbarunya yang menjadi sensasi ialah kawen lari di Thailand.eh betul ker? Anda lah yang lebih tahu dari saya kan. senyum.

''yo encikLevis,ape kena mengena pulak entry kali nie dengan Ashraf Muslim?
blur la..''

''sorry la encikLevis,tapi saya tak minat la Ashrat Muslim nie,boleh cari tajuk lain tak''

opppsss. Kenapa saya citer pasal Ashraf Muslim pulak nie. Owh sebab tajuk dia ''i am ASHRAF MUSLIM'' ye. Baiklah,tak salah kan sekiranya saya tukar tajuk. hehe. Jangan ada yang baling batu or hempuk laptop anda sudah kerna saya tukar tajuk.

sabor yop. Jangan alihkan lagi mata anda dari skrin ini terlebih dahulu. Ada baiknya sekiranya anda habiskan membaca dahulu. baru la molek sikit. Lepas habis baca nanti buat lah assumption (baca:kesimpulan) anda sendiri.

tidak....
Sebenarnya tajuk itu hanyat gimik saja untuk menghangatkan lagi semangat pembaca. Ewah. Yela kan zaman muda sekarang lebih tertarik dengan tajuk berbanding dengan isi yang ingin disampaikan.dok gitu?. sengih. Benar kan apa yang saya katakan malah saya jugak begitu.heeee
Jangan maraaaaa ye.


ok.ehemmm ehemmm. Tukar nada suara (baca:tone).
betulkan kerusi. Mata tajam memandang skrin laptop.

tarik nafas.

Alkisah bermula apabila saya teringat pada seorang budak kecil sekitar umur 4 tahun,ketika saya travel di Regensburg,Germany. Kelihatan seperti budak german tp hatiku berbelah bagi kerna ada gaya mungkin anak orang turkey. Dia kelihatan riang sambil duduk diatas bahu ayahnya. Ya,saya terpesona melihat kepetahannya berkata kata dengan ayahnya. Namun lamunan saya terbentak seketika pabila budak tersebut bertanyakan kepada saya dan rakan rakan saya.

"Bist du Muslim?" jelas dan kuat pertanyaannya.
(baca: Are you Muslim?)

saya senyum dan sengih.

"ja,ich bin Muslim" jawab saya dengan bersahaja.
saya melihat dengan penuh bersahaja.

Kemudian dia terus menjawab."ich bin Muslim und mein papa ist auch muslim und meine mama ist auch muslim (i am muslim and my father is also a muslim and my mom also)." dia menjelaskan tanpa penuh ragu ragu.

Hati ini girang pabila melihat semangat budak tersebut. Saya terkejut kerna selalunya semua orang german yang saya temui akan bertanya from china or indonesia. Tetapi budak nie selamba badak je tanpa segan silu menanyakan adakah aku ini muslim. wooaawww. headshot bro. Saya teringat hadis Rasulullah s.a.w.

"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih,ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan atau mencorakkan sama ada menjadi yahudi,Nasrani atau Majusi"
                                        (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati ini terkesan pabila budak tersebut dengan selamba badak dan dengan bersungguh sungguh mengatakan bahawa dia muslim dan dia berbangga menjadi muslim. Adakah kita turut merasa begitu? Tepuk dada tanyalah iman jangan tanya nafsu sudah. sengih.

Muslim?mungkin sudah menjadi kebiasaan untuk menjawab kita adalah muslim tetapi bagaimana pula dari segi pelaksanaannya pulak? Title muslim itu sendiri dijadikan sebagai jenama atau brand yang mungkin kini tampak jelas di dahi kita tetapi adakah kita mahukan jenama muslim ini yang unggul tetapi kualitinya hampeh macam di pasar malam?ok. Bukan niat untuk mengutuk jenama jenama di pasar malam. Jangan marahhh ye nanti cepat tua. senyum.

Yup. Kita mahukan jenama yang bagus bagus bangat dan kualitinya yang top meletop tip top tetapi brand 'muslim' ini sendiri kita lupa tentang kualitinya. Amalan kita sudah berkualiti atau tidak?. Iman kita bagaimana pulak?. Taqwa kita? dan banyak lagi.

sentap seribu kali sentap kan.
tenang. hembus nafas dahulu.
heeee

"Wahai orang orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
                                                                         # As-Saf:2 & 3 #

Adakah anda cri ciri yang disebut di dalam kalam Allah tersebut? Mengatakan dengan yakin anda itu muslim tetapi adakah anda kerjakan apa yang perlu dikerjakan sebagai seorang muslim? lari laju laju sembil mengatakan saya tidak termasuk dalam ciri ciri tersebut inshaa Allah.

pisau tepat mengenai jantung.
dup dap dup dap.

kehebatan brand 'muslim' kita ini hanya akan dinilai sekiranya amalannya yang berkualiti ditambah dengan penghayatan yang cukup menyentap jiwa.Ewah. Macam makan kek Tiramisu.Hmmm. pon boleh. Ya,penghayatan yang melebihi 200% malah lagi tinggi. Maka tercapai la hasrat dan impian kita tanpa segan silu memakai jenama 'muslim' yang sudah lama dicop di dahi kita. walaweh..




So jadilah seperti gambar di atas dimana kita tidak akan sesekali timbul perasaan segan ataupon cuak ( baca: takut) untuk melafazkan dengan penuh bersemangat bahawa I AM MUSLIM. Proud to Muslim
senyum sokmo.


Selamat beramal.
Tingkatkan amalan kurangkan kelalaian.
PeaceNoWar

-EncikLevis-

note: hati ini terasa luluh pabila mengenangkan nasib saudara muslim kita (penyokong Morsi) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.Mereka adalah mujahid dalam menegakkan islam.sedih.pilu. bergembiralah kalian kerna syurga menanti mereka.

#BakalJenazah #BukanSibukMencariZaujah #529 #prayForMuslim














No comments:

Post a Comment