Ukhuwah itu Syurgawi,Nakama itu Imaginasi & Persahabatan itu Realiti



Baiklah.saya yakin dan pasti anda semua tercengang-cengang sambil menggaru kepala anda yang sudah kusut tiga hari tidak sikat rambut itu atau mungkin lebih tepat sikat hanya menggunakan jari sahaje.ewahh.macam iklan Rejoice la pulak.tentang entry saya pada kali ini,saya yakin dihati anda berkata semua perkataan tajuk itu membawa maksud yang sama.

Ukhuwah?

Nakama?(baca:member)

Persahabatan?(baca:friendships)

"Encik Levis!!!bukankah semua itu sama sahaja, cuma yang membezakan hanya bahasa arab,bahasa jepun dan bahasa melayu je"

"Encik Levis,kalau beza pon mungkin sebab Ukhuwah itu nampak lebih sopan,nakama tuh nampak macam kool sikit..haaaa yang tang bahasa melayu tuh nampak geli la sikit sebab mana ada orang sebut persahabatan..eeeeiiii.."tangan dibahu mata ke atas.

wahhhh 
banyak sungguh andaian anda semua ye.

Ya,saya tak nafikan semua itu betul malah sahih tapi izinkan saya mengupas satu persatu maksud disebalik setiap perkataan itu.


uhuk uhuk.
batuk sikit.

NAKAMA

Nakama ini sering atau acap kali digunakan di dalam anime seperti Satu Keping (baca:One Piece),Naruto,Bleach,Kuroko No Basket dan sebagainya(banyak benor encik Levis tahu tentang anime nie.ehem ehem).disinilah menunjukkan bahawa nilai murni atau kehebatan nakama nie terselah sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk nakama mereka walaupon hanya berjumpa seketika dan tertarik dengan personaliti mereka lantas terus mengajak menjadi nakama.

Tidakkah gila namanya!
peluh besar.

mana mungkin baru saja berjumpa mampu menaruhkan nyawa semata mata untuk member yang baru dikenali yang digelar nakama.jika anda,sanggupkah anda berkorban nyawa untuk mempertahankan saya sekiranya saya di serang penjahat?eh.lari laju laju.

tergamam bukan.
mestilah tidak.tetapi saya yakin ramai yang berimaginasi mahukan persahabatan seperti nakama ini.hidup di dunia khayalan bukanlah cara terbaik untuk menggapai impian cik abang dan cek Kak oiii..

jirus air dimuka.

PERSAHABATAN

Persahabatan ini seperti jari.mudah terluka akan tetapi lambat untuk pulih.itulah gambaran kepada persahabatan.dikala kita sedih semuanya kerana sahabat.dikala kita suka gumbira happy semuanya kerana sahabat.sahabat adalah segala galanya.suka duka semuanya didasari oleh sebuah erti persahabatan.tetapi kita lupa kerna persahabatn itu hanya didasari dengan perkara jahiliyah,lara ataupon perkara yang tidak bermanfaat.

"ehhh Encik Levis nie kami bersahabat kerana Allah apa,Hang bukan tau apa pon"..

Ya.Saya mungkin tidak tahu tetapi mana mungkin sekiranya persahabatan itu diniatkan dengan niat yang suci iaitu kerana Allah tetapi dikotori,dicemari dan seangkatannya dengan melakukan perkara perkara jahiliyah seperti lepaking di pusat membeli belah,berjimba sehingga ke pagi puta,bershisha dan lain lain.tidakkah itu perkara yang dibenci oleh Allah?dan kita memanggil persahabatan sedemikian hanya kerana Allah.pfffttt.


headshot.

sebenarnya anda yang kena paham apa erti didasari kerana Allah.saya yakin selepas nie pasti ramai yang membenci saya kerna mengeluarkan kata kata yang tidak anda sukai,tetapi percayalah.percayalah!sekiranya kerana Allah pasti anda melakukan perkara yang diredhaiNya bukan dibenciNya.

"jadi tiadalah istilah sahabat sehingga syurga Encik Levis?"

tepuk dada tanyalah iman wahai saudaraku.

Ukhuwah

apabila bercakap tentang ukhuwah pasti ramai yang memandang enteng sahaja tentang perkara ini.mana tidaknya,ukhuwah ini hanya untuk orang yang geli geli je,bajet baik bajet alim semua.begitukah?andalah yang metafsirnya.saya hanya menzahirkan rata rata pemikiran masyarakat kini. Tetapi bagi sesiapa yang memahami ukhuwah iaitu dengan bercipiki,cipika (baca:cium pipi kiri dan kanan),berpanggilan akhi ukhti dan sebagainya,benarkah itu ukhuwah atau tradisi yang diturun temurunkan tanpa sebarang penjelasan dan hujah?eh
macam lawyer la pulak.hehe

Disini ingin saya kongsikan 3 Peringkat Ukhuwah.dimana kita selama ini mengangap ukhuwah kita itu tulus malah jujur lagi.


Salamatussadri (baca:berlapang dada atau bersangka baik)

Berlapang dada ataupon bersangka baik adalah peringkat yang paling terendah dalam menjalinkan ukhuwah ini.Tetapi ketahuilah bukan senang untuk kita sebagai manusia yang sering memperlekehkan orang lain atau memandang rendah terhadap orang lain untuk bersangka baik.cuba anda bayangkan rakan anda sedang bergayut dengan seseorang yang lamanya hanya Allah saja yang tahu.sehingga telinganya bertukar menjadi merah malah siap hangus lagi.eh!akibat gayut yang terlalu lama.disitulah timbulnya prasangka buruk yang kita tidak semernanya terlintas dihati kita.

"dia nie tengah cakap dengan awek dia la nie,siap sengih sorang sorang lagi"

kan?betulkah apa yang saya cakapkan.ini sememangnya lumrah manusia dalam menilai seseorang malah saya jugak begitu dahulu (inshaa Allah) tetapi layakkah kita memanggil rakan kita dengan ikatan ukhuwah sekiranya peringkat yang paling rendah ini pon kita sudah terkulai malah jauh beribu ribu batu jika hendak mencapainya.sama samalah kita berusaha ke arah itu.ayuh.
chaiyok!

Persamaan

    " tidak sempurna iman seseorang diantara kamu hingga dia mencintai        saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
                               (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Meletakkan diri kita ditempat  rakan kita itu sangat penting seperti kita sendiri yang merasai apa yang rakan atau saudara kita lalui.sperti saudara kita yang terjatuh,kita merasai kesakitannya.seperti saudara kita di Palestine,Ghaza aaupon Rohingyayang berlapar atau dalam kesusahan,malah kita turut merasai serta mendalaminya.itulah yang mahu digambarkan didalam hadis tersebut.

ataupon rakan anda sedang menanges didapur dek kerana memotong bawang.maka anda di ruang tamu pon turut menanges dek kerana peringkat meletakkan diri ditempat sahabat anda itu.Padahal anda didepan sedang tengok cerita 3 Idiots sebab tuh menangis.ehh.

"aiikkk Encik Levis,bersangka baik sikit!"
ehhh.terkena balik.
baiklah baiklah.

benar jugak kata pepatah melayu,cubit peha kanan,peha kiri pon rasa sakit.
itulah yang disamakan dengan maksud persamaan dengan ikhwah lain.

Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”



Ithar

Ithar bermaksud melebihkan sahabat dalam apa jua perkara sekali pon.ini sesangat lah payah untuk kita lakukan malah kalau dalam bab makanan pon kita sudah mahu lebih inikan pula perkara lain.dok gituh?

pernah dengar kisah Salman Al Farisi dan Abu darda?disini menunjukkan betapa indahnya ukhuwah Salman Al Farisi dalam melebihkan rakannya apabila hasrat hati telah berkenan dengan seorang wanita.maka diluahkan perasaan itu kepada sahabat baiknya iaitu Abu Darda.dan kemudiannya Abu Darda dan Salman Al farisi menuju ke rumah wanita solehah tersebut.Dipendekkan cerita wanita tersebut menolak lamaran Slaman Alfarisi akan tetapi berbesar hati sekiranya lamaran itu dari Abu Darda.

What the heck?

pasti anda turut terkesima malah terkejut bukan.Ya,itulah yang berlaku.Tahukah apa tindakkan Salman AlFarisi ketika itu?Alkisah dipendekkan,lantas Salman AlFarisi berkata "Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bagi pernikahan mulia ini .." perghhh.. anda mungkin tidak mempercayainya bukan,malah saya jugak kaget sebentar.betapa utuhnya ukhuwah yang dirasai oleh Salman Al FArisi sehingga sanggup melebihkan rakannya daripada dirinya sendiri.

jika anda ditempat Salman Alfarisi bagaiman pula?
pasti sebijik buku lima diberikan pada Abu Darda bukan?
Debushhh amek kau!
ehhh..ataupon berkali kali buku lima?

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"

                                 #Al-Hujurat:10#


kita semua adalah bersaudara.tidak kiralah anda di Malaysia,di China di Germany,London ataupon di dalam kapal Terbang.Eh!ataupon anda berkulit cerah,gelap,kelabu tahi anjing ataupon hitam manis,sekiranya anda seorang mukmin,maka kita adalah saudara.saudara seagama.itu lebih utuh berbanding saudara sedarah daging!Ya,lebih utuh melebihi segala galanya.

"Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan akidah"

                                            -Imam Hasan Al Banna-

"Tidak ada kegembiraan yang menyamai Perjumpaan dengan sahabat....
       dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka"

                                                                 -Imam Syafie-

"Hatta engkau terjun neraka,Aku tetap akan terjun ke neraka untuk mengambilmu semula kerna ak cintakan engkau keranaNya.Aku mahu memimpin tanganmu ke syorga sana.kerna ukhuwah itu hingga ke syorga!"

huaaaa.....
nages besar nie.
nah tisu cap kingkong.
besar punye!

jadi sebelum sampainya ke penghujung penulisan ini,ingin saya ungkapkan sesuatu kepada anda.
mehh dekat sikit telinga anda dengan saya!
laaaa,jangan la segan,saya tidak berbuat apa apa la..
heehee

Uhibbukum fillah.
saya cintakan anda semua keranaNya.
senyum sokmo.


Note:maaf entry kali nie agak panjang tetapi bagi sesiapa yang membacanya sehingga habis,maka anda dapat cinta sayalebih keranaNya,tetapi bagi yang membaca sekerat sekerat,maka kuranglah cinta saya pada anda keranaNya.
heeee..jangan mara ye.

selamat beramal

Encik Levis.



1 comment:

  1. dan dimanakah terletaknya hubungan kita berdua enciklevisbiru??? =)

    ReplyDelete